Template by:
Free Blog Templates

27 January 2012

Kempen peladang






Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengajur program sukan sebagai kempen menarik remaja menjadi ahlinya.

Pertandingan futsal tertutup untuk remaja sekitar 22 unit peladang dibawah PPK Batu Kurau akan diadakan pada bulan depan.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat lembaga PPK yang dipengerusikan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga ahli dewan negeri (ADUN) Kubu Gajah, pagi tadi.

Lebih 40 buah pasukan melibatkan sekitar 200 orang remaja dijangka mengambil bahagian merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Bagi mempromosikan lagi produk-produk tempatan satu pameran akan juga diadakan.

Kempen menarik remaja menyertai PPK penting sebagai usaha mewujudkan pendedahan awal mereka dengan pertubuhan tersebut.

Pembabitan remaja penting jika hendak menggekalkan sektor pertanian dikalangan rakyat berterusan.

Sektor pertanian tidak akan mampu berkembang tanpa penyertaan remaja.

Peluang banyak, tetapi pembabitan remaja secara aktif dan komersial amat berkurangan.

0 comments: