Pada cuti umum sambutan tahun baru cina ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin.
Saya sempat menghadiri majlis perkahwinan abang ipar pembantu perpustakaan awam Bagan baharu di Ijok.
Kahirul Syazwan bin Kamaruddin melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan Nor Haslinda Binti Razak yang berasal dari Kedah.
Saya kemudian menghadiri majlis bercukur cucu sulung ketua kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid.
Cucu beliau, Ahmad Syafiuddin Bin Ahmad Helmiruddin.
Saya juga menghadiri kenduri kesyukuran di rumah ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.
Diantara yang hadir ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat isa dan ketua penerangan UMNO bahagian Larut, Roslan Yusop yang juga ketua cawangan batu 16 Batu Kurau.
23 January 2012
Kenduri dan kesyukuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment