Template by:
Free Blog Templates

15 January 2012

Futsal













Kemudahan sukan yang dibina boleh mencetus dan memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan rakyat terutama di kalangan remaja.

kemudahan ini juga boleh dijadikan tempat untuk mengadakan aktiviti yang mendatangkan faedah.

Saya berkata demikian ketika mresmikan gelanggang Futsal (pelbagai) di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kecil Selama, Azini Ismai, Wakil Pengarah Belia dan Sukan Negeri, Mohd Hafis bin Isa, Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohd Fauzi Kassim dan Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim.

Gelanggang berharga RM 150,000 itu siap dibina baru-baru ini dan lengkap dengan lampu limpah, selain kemudahan bilik persalinan.

Gelanggang futsal yang pertama dibina di DUN Kubu Gajah dan juga Parlimen Larut ialah di Kampung Tebing Tinggi yang lengkap dengan kemudahan lampu limpah, tempat duduk bertangga Ayam dan bilik persalinan.

Sehingga kini, terdapat gelanggang futsal di Kubu Gajah dan FELDA Ijok yang telah dibina, selain sebuah lagi yang sedang dalam proses perlaksanaan iaitu di Batu 20.

Sementara itu, Saya turut mengingatkan rakyat tentang pentignnya mereka sama-sama menjadi mata dan telinga Kerajaan untuk menjaga dan memelihara semua kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan daripada di rosakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kemudahan yang disediakan itu adalah bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi dan sosial penduduk dan sudah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk sama-sama menjaga kemudahan awam yang dibina di tempat mereka.

Mereka diminta berganding bahu dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam meningkatkan lagi kemajuan dan perpaduan kampung.

kemudahan sukan pula dapat meningkatkan lagi penyertaan dan mencungkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan.

0 comments: