Template by:
Free Blog Templates

30 January 2012

Jalan bahaya

Jabatan kerjaraya (JKR) digesa mengambil tindakan segera memperbaiki jalan yang rosak,berlubang dan tebing jalan yang mendatangkan bahaya kepada pengguna di jalan Teras ke Ulu Mengkuang dengan segera.

Jalan yang rosak itu amat bahaya terutama kepada penunggang motosikal pada sebelah malam.

Saya membangkitkan pekara tersebut di mesyuarat tindakan daerah Larut,Matang dan Selama hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan pegawai daerah, Harun Rawi dan dihadiri ketua-ketua jabatan.

Jalam Teras-Ulu menfkuang menjadi laluan utama orang ramai ke Grik dan negara jiran Thailand dan juga ke utara.

Mesyuarat juga meminta JKR membina bonggol dekat jalanraya dekat pusat kesihatan dan sekolah pekan Ijok bagi menggelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Banyak kenderaan terutama dari luar memandu laju dan membahayakan.

Sementara itu, pihak-pihak yang berkaitan diminta memberi kerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran sungai.

Akibat pencemaran itu,ramai penduduk kehilangan mata pencarian kerana masalah pencemaran yang menyakibatkan ikan mati.

Sungai yang tercemar akibat sampah juga sering manjadi ancaman banjir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang saya susah hati JKR meng-sub kerjanya ke swasta.

Tidak lama dulu ada kontraktor jalan dari Parit Buntar. Saya pomplen kepada mereka kenapa mereka landaikan tanah dari jalanraya kerumah2 orang miskin.

KENAPA TAK BUAT PARIT,

Mereka melandaikan/mencerunkan kawasan tepi jalan supaya ia lebih rendah menghala ke rumah saya.

Kalau saya muda memang saya tumbuk mereka kerana mereka tidak peduli.

APA YANG TERJADI bila cerunnya menurun arah ke rumah saya,

Sudah tentu air mencurah-curah mengalir dari jalan raya ke rumah saya waktu hujan

Sepatutnya mereka buat parit dan titi seperti di Kubu Gajah,

Kesimpulannya kalau ikan bilis mengadu kepada mereka, mereka tak peduli kecuali penumbuk mengadu ke muka mereka.