Memantau program Adun-adun Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan pemukiman di Dun Kubu Gajah, semalam.
Sebanyak tujuh tempat iaitu di Tebing Tinggi, Bagan Baharu, Felda Ijok, Redang Panjang,Batu 20 dan Tanah rancangan khas (RTBK) Pondok Tanjung terlibat. Dalam program dua hari itu.
Diantara Adun-adun BN yang terlibat dalam program itu termasuk dari Sabah,Kedah,Negeri Sembilan,Kelantan dan Perak.
Saya turut memperkenalkan Adun-adun yang terlibat kepada masyarakat setempat.
Bagi Parlimen Larut melibatkan 20 tempat termasuk 8 di Dun Selama dan 5 di Dun Batu Kurau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan program tersebut malam ini di Changkat Jering.
Sebanyak tujuh tempat iaitu di Tebing Tinggi, Bagan Baharu, Felda Ijok, Redang Panjang,Batu 20 dan Tanah rancangan khas (RTBK) Pondok Tanjung terlibat. Dalam program dua hari itu.
Diantara Adun-adun BN yang terlibat dalam program itu termasuk dari Sabah,Kedah,Negeri Sembilan,Kelantan dan Perak.
Saya turut memperkenalkan Adun-adun yang terlibat kepada masyarakat setempat.
Bagi Parlimen Larut melibatkan 20 tempat termasuk 8 di Dun Selama dan 5 di Dun Batu Kurau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan program tersebut malam ini di Changkat Jering.
8 comments:
YMDS,
Adakah ADUN2 ini telah mengenal pasti 15-25% daripada pengundi-pengundi di kawasan ADUN Kubu Gajah yang mengatakan mana-mana parti yang akan menang kami hidup macam itu juga (tidak berubah).
Pengundi muda melihat isu yang dibentangkan.
Mereka yang 'educated' melihat siapa calon mereka.
Bagi pengundi Cina mereka membicangkan isu krinisma. Seperti tahun yang sudah-sudah mereka menyenaraikan golongan atasan yang dapat semuanya terutama sekali menjadi pengarah2 syarikat.
Calon India mungkin dapat satu kursi sahaja jika BN tidak berhati-hati memilih calon India.
Orang melayu dan Cina sudah pandai apa maksud demokrasi berdasarkan kaum mengikut kata Prof. KJ Ratnam.
Mereka mula mahu calon ditukar-tukar seperti Ketua Menteri Sabah kerana kaum India yang menang adalah kaum minoriti jika dibanding daripada bilangan orang Melayu dan Cina yang berada di kawasan tempat calon India dicalonkan.
Sekian
YMDS,
Besok PM ke FELDA.
Apa yang saya takut saham FGHV jadi macam saham KUB (UMNO)kerana FGVnya sentiasa rugi.
Saya ada saham KUB. Saham UMNO. Tak untung banyak. Dulu sentiasa rugi.
Saham Perbadanan Negeri Perak kepunyaan saya pun tak dengar berita. Tinggal sijilnya sahaja.
Tapi kalau ahli lembaga pengarahnya diberikan kepada anak2 penorka saya sokong 100 peratus.
Tapi kalau saham ini dikeluarkan semasa Indeks KLSE 1,600 poin sudah tentu harganya akan turun selepas itu kerana saham tidak kekal di poin 1,600 sampai bila2.
Kalau jadi begini yang untung ialah speculators. Penorka akan simpan saham seperti saham BSN.
Nampaknya FELCRA pun nak buat begini kerana kerajaan takut bergantung kepada kelapa sawit dan getah.
KUB, MULPHA (MCA) dan saham MIC (yang sudah bankerap) tak ada getah dan kelapa sawit pun hidup segan mati tak mahu.
Saya bukan pakar saham. Tapi itu hanya pendapat saya yang ada saham KUB dan PKNP (bankerap).
YMDS,
Masalah ADUN Kubu Gajah sudah lama dikenalpasti tapi tiada tindakan.
Bagi seluruh negeri Perak masalah yang besar sekali masalah yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir semasa berceramah anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.
Saya lihat nama-nama calon yang hendak dikemukakan UMNO di LMS sama seperti kata Dr. Mahathir.
.... apabila sampai hendak memilih MB Selangor susah betul Dr. Mahathir hendak pilih kerana semua nama yang diberikan tidak memenuhi kriteria untuk menjadi MB.
YMDS hendaklah mengemukakan nama calon ADUN Kubu Gajah yang ada ketokohan untuk menjadi Menteri Besar dan calon Parlimen mempunyai ketokohan untuk menjadi Perdana Menteri.
Sebagai contoh jika YMDS hendak kemukakan ... bin Kassim atau ...bt. Yahya tentukan yang mereka ini ada ketokohan untuk menjadi Mentri Besar.
Begitu juga jika YMDS hendak mencalonkan Dato' Hamzah kita sekali lagi 'tentukanlah' yang beliau ada ketokohan untuk mengantikan PM kita. Kalau beliau takut hendah jadi PM carilah orang lain.
Itulah yang saya baca apa yang tersirat dalam kata2 Dr. Mahathir.
Tidak semestinya kelulusan tinggi yang baik sekali tapi ikhlas dan bersih munkin seperti anak beliau, agaknya menjadi kemahuan Dr. Mahathir.
Ini bermakna jika kita bermukim sepanjang masa tapi kita masih pilih calon yang tidak mempunyai kebolehan untuk menjadi MB, Perak akan terus hilang Peraknya, yang tinggal hanya Bijih timah itu pun sedikit sahaja. Kayu balak pun kalau tidak silap kena tender harga lelong (nilainya tidak mengikut pasaran).
Problem no 1 ialah tanah terbiar. Cuba YMDS turun padang ke MPOB di Taiping dan kemukakan tanah YMDS untuk tanam semula dengan kelapa sawit. Yang mereka luluskan ialah tanah pertanian yang kosong.
Tanah YMDS adalah tanah pertanian untuk dusun.
Bila tanah YMDS dijadikan dusun, problem nombor 2 pula yang akan timbul. Cuba YMDS lihat berapa pokok rambutan dan cempedak berbuah di tanah YMDS di Kampung Tengah Tebing Tinggi.
Kita boleh pinjam Agrobank untuk tanam bunga melor dan limau perut yang sesuai untuk membantu kuil penganut Agama Hindu. Masalah yang ketiga pula timbul dan seterusnya jika kita berbuat demikian.
Nampaknya problem kita di kawasan ADUN Kubu Gajah sudah terang bersuluh pula. Sudah tentu merugikan masa dan akan menimbulkan masalah seterusnya iaitu kerja yang bertindih.
Sebagai contoh kerja YMDS juga dilaksanakan oleh pegawai kebajikan masyarakat, pengetua rumah orang tua2, DO,Penghulu,KK dan JKK masjid.
Banyak wang kerajaan rugi memberi gaji bagi pekerjaan yang bertindih.
Kesimpulanya, kalau tanah terbiar dari mana cukai hasil tani dapat ditambah? Masalahnya pembangunan akan bantut kalau tiada cukai.
YMDS,
Kita hampir berjaya untuk membina bandar FELDA.
Bagaimana pula bandar FELCRA Sg. Malau?
Boleh juga diberikan tapak rumah/kampung tersusun untuk menjadi bandar tapi gerannya hendaklah diberikan kepada mereka yang telah membina rumah kekal. Kalau tidak mereka jual tanah tersebut.
Bila kita hendak bina muzium vertiner, muzium perhutanan dan muzium ikan air tawr di Pondok Tanjung?
Di Masjid Tinggi akan dibina muzium sukukaum Banjar. Saya harap orang banjar yang terkenal di Sg. Malau dan bersekolah di Tebing Tinggi tersiar riwayatnya di muzium tersebut.
Sekian.
YMDS,
PAC melihat lalat bayak di kawasan ternakan.
Hj. Zaini Bagan Serai dekat masjid bina rumah ternakan ayam di belakang rumah Hj. Puteh dekat tanah YMDS di Tebing Tinggi.
YMDS,
Mini stadium sudah diluluskan. Diharap YMDS melobi MB kita untuk membina akademi bola di kawasan kita.
Cakap dengan beliau Manjung /Sitiawan dan Bandar Iskandar sudah cukup pembangunan dan Lembah Kinta tempat DAP sentiasa dapat pembangunan.
Tempat UMNO macam LMS, Alor Pongsu tak dapat apa2kah. Mana boleh begitu YMDS.
YMDS.
Pembangunan di LMS macam projek melepaskan batuk di tangga sahaja. Tiada apa yang dibanggakan. Kemajuan ternakan kambingnya agak slow.
Walaupun kita ada orang kuat di RISDA. Beliau tidak boleh berbuat apa2 untuk memjukan jajahan Selama dengan tanaman getah. Beliau masih banyak berpolitik tanpa melihat pembangunan dari aspek tanaman getah. Pemikiran beliau agak tradisional dan sempit. Harap YMDS kirim salam saya (peminat blok YMDS) kepadanya supaya beliau boleh berbuat sesuatu dengan tanah terbiar (peraturan RISDA bukan macam undang-undang Islam)
YMDS,
Daerah Selama boleh maju jika semua wakil rakyatnya yang telah berpencen berpadu tenaga merancang sesuatu untuk kemajuan wilayah tersebut.
Walaupun kita tiada FDI tapi kita banyak DDI (petensi) jika dikenal pasti.
Cuma kita tidak mengenengahkan mereka ini.
Lagi pun orang kenamaan LMS tidak menjemput pengarah2 Genting Plantation, Sime Darby, Boustead Riverview dll ke jamuan resmi daerah atau kerajaan tempatan. Orang hartawan tempatan pun tidak dijemput.
Mereka inilah yang dapat memajukan daerah Selama selain daripada kerajaan. Kita hanya ramai kenal orang politik tapi tidak pelabur (orang kaya)setempat. Inilah kelemahan kita sebagai badan bertindak untuk pembangunan.
Post a Comment