Template by:
Free Blog Templates

6 January 2012

JKKK






Jawatankuasa dan keselamatan kampung (JKKK) digesa kerap bermesyuarat untuk membinckan dan mengenal pasti masalah di tempat mereka.

JKKK ada agensi yang dilantik Kerajaan negeri untuk menjadi mata dan telinga Kerajaan.

Mereka yang dilantik menjadi JKKK adalah penting dan mempunyai tanggungjawab besar bagi kesejahteraan dan keamanan kampung.

Saya berkata demikian selepas mendengar taklimat JKKK kampung Padang Das,Simpang 3 Gudang dan Jemerang Setar di dewan JKKK Padang Das,petang tadi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan ketua kampung Padang Das, Musa Ibrahim.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Simpang 3 Gudang, Abdul Rahman Bin Noli dan ketua UMNO cawangan Jemerang Setar, Ramli Taib.

JKKK yang tidak aktif dan bermaya akan diganti dan mereka harus peka dengan kehendak masyarakat setempat.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut JKKK asyik dengar cakap kawan karib dan saudara mara mereka sahaja.

TAPI tidak turun padang melihat masalah yang ada di kampung.

Melit dan bertanya adalah dua perkara yang berbeza.

Sebagai contoh saya lihat banyak tanah terbiar disebabkan tanah tenggelam atau berpaya seperti tanah YMDS tapi JKKK tidak tahu pun selang lot tersebut ada tanah reserve kerjaan yang boleh dibuat parit.

Saya harap semua tanah reserve kerajaan yang berpaya dan tenggelam hendaklah diperdalamkan paritnya supaya tanah tersebut boleh diusahakan.

Saya pergi ke Pondok Tanjung ceritanya sama juga.

Kadang-kadang YMDS tidak payah turun padang dan lihat sahaja peta tanah yang boleh dapat di Ipoh kalau YMDS masih tidak tahu. Tandakan tempat berpaya bila turun padang. Pergilah JPS untuk meminta mereka membuat parit. Semua YB tahu perkara ini tapi kadang-kadang terlupa asyik berpolitik. Saya takut kalau PAS naik mereka lagi terok berpolitik. Tanah mereka banyak yang tidak bersih dan mendapat hasil.

Jika saya tanya JKKK mereka tidak tahu menahu tentang hal ini.

Kalau kita turun padang sudah tentu kita nampak kecuali mata kita buta. Nampaknya JKKK banya yang mata buta tidak melihat tanah terbiar disebabkan berpaya.

Saya berharap YMDS minta syarikat tempatan memberikan hadiak kepada kampung yang paling bersih.

Kita ada lebih kurang 13 kampung.

Penilaiannya hendaklah berdasarkan tanah lot tepi jalan hendaklah bersih macam padang bola dan ditanam dengan pokok komersial.

Kita malu dengan orang Cina kerana tanah mereka banyak macam padang bola bersihnya.

Anonymous said...

YMDS,

JKKK kampung saya macam buta tuli. Tidak melihat masalah kampung. Mereka hanya mendengar seolah-olah mereka berjalan tidak buka mata. Mereka munkin nampak masalah tapi mereka tidak dapat atasi kerana tiada laporan. Kalau begitu apa gunanya turun padang. Boleh SMS sahaja.

Saya lihat mereka macam polis trafik kalau ada aksiden mereka teruskan berjalan kerana mereka belum menerima laporang lagi

Lagi satu JKKK kita perlu diberikan taklimat tentang mengkaji masalah secara refleksi. Dengan mengingat kembali bagimana keadaaan dan masalah yang mereka telah lalui hingga mereka menjadi JKKK.

Jika YMDS merefleksi keadaan YMDS sebelum menjadi pemberita BH sudah tentu YMDS tahu apa yang harus dibuat di kampung YMDS.

YMDS banyak berjalan. Cubalah lihat kampung MB kita, kampung exco pelancongan, kampung Pengurusi FELCRA dll. Yang paling daif sekali ialah kampung Tengah Kampung Tebing Tinggi tempat YMDS lahir.

Sekian

Anonymous said...

JKKK,

Saya melihat ahli JKKK yang diwakili oleh setiap kawasan lebih maju daripada JKKK yang diwakili oleh mereka yang pandai bercakap sahaja atau yang diwakili oleh hanya dari kawasan tertentu misalnya mereka hanya dipilih dari Kubu Gajah dan Tebing Tinggi kawasan sekolah sahaja. Tidak termasuk estet Lembah Keluang, Kampung Tengah/Kg Raja dll. Ini hanyalah contoh sahaja.

Bila saya mengatakan maju tidak semestinya ada bangunan.

Yang penting ialah kampung yang banyak mengeluarkan hasil. Bandar Kubu Gajah ada keluarkan hasil apa? Orang yang kaya sekali di Kubu Gajah pun tak bayar income tax. Dan ramai yang tidak bayar cukai tanah kerana raja tanah kita tidak turun padang. Yang turun padang hanya wakilnya rakyatnya sahaja.

Sepatutnya Tok Imam pun turun padang suruh orang ke masjid dan suruh mereka jangan curi buah kelapa sawit. Kalau ada ahli JKKK tok Imam suruhlah mereka turun padang supaya masjid kita tidak rugi dibina.