Template by:
Free Blog Templates

2 April 2010

Walaupun Derita Salasiah Tidak Putus Asa



Ibu Tunggal, Salasiah binti Lazim, 54 tahun yang jatuh sakit dan tinggal bersama seorang anak perempuannya di Kampung Bendang Luas, Kampung Mesjid dalam DUN Kubu Gajah, tidak akan patah semangat mengharunggi hidupnya.

Ketika melawat beliau yang tinggal sendirian sementara menunggu anak beliau pulang, amat terharu dengan kehadiran Saya sambil memohon bantuan rumah PPRT.

Pada masa ini, beliau tinggal di sebuah rumah kecil , serdahana. Salasiah bagaimanapun, menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya juga telah meminta semua Ketua Kampung dalam DUN Kubu gajah menyediakan data lengkap Ibu Tunggal setiap kampung samada yang telah dapat bantuan atau masih lagi ada yang belum.

Di sidang Dewan Negeri yang berakhir Khamis, Saya juga ada membangkitkan mengenai pentingnya diwujudkan sebuah tabung khas bagi membantu Ibu-Ibu Tunggal yang menghadapi masalah menanggung keluarga mereka terutamnaya yang masih belajar.

Tabung ini barangkali boleh membantu menyalurkan modal permulaan untuk mereka menjalankan sesuatu perniagaan.

0 comments: