Template by:
Free Blog Templates

14 April 2010

JPS harus utamakan kawasan banjir



Ketua-Ketua Kampung harus mempunyai maklumat lengkap mengenai masalah banjir di tempat mereka.


Ini penting bagi memudahkan tindakan selanjutnya diambil dan semalam Saya melawat keadaan yang menjadi penyebab berlakunya banjir di Kampung Mesjid, Ijok.


Ada parit yang tersumbat dan ini menyebabkan air sungai sukar mengali dengan baik ditambah dengan sampah sarap yang menjadi punca berlakunya banjir.


Saya berharap JPS akan bertindak segera bagi mengatasi masalah tersebut kerana bimbang jika ia tidak diatasi segera, sekiranya turun hujan lebat, maka masalah banjir akan berulang.


Setiap kali berlakunya banjir di Ijok, maka ramai lah keluarga yang terlibat yang terpaksa berpindah ke pusat-pesuat pemindahan.

0 comments: