Template by:
Free Blog Templates

14 April 2010

Dr Zambery Lancar Jentera BN







Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambery Abdul Kadir malam ini melancarkan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional (BN) Negeri untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


Ketua-Ketua UMNO Bahagian, Ahli-Ahli Dewan Negeri (Adun) dan Pemimpin Komponen BN Negeri turut hadir di majlis yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi.


Dr Zambery berharap BN Perak berkerja dalam satu pasukan di peti-peti undi yang telah ditetapkan bagi mempastikan kemenangan Calon BN.


Kemenangan di peti-peti undi yang diwakili oleh BN Perak adalah satu sokongan moral. Namun ia tidak ada maknya jika BN kalah di peti-peti undi yang lain.


BN Perak menghantar rombongan yang ramai untuk memberi sokongan moral kepada calon mereka, tidak kira siapa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.


BN kalah tipis dalam pilihanraya Umum yang lalu kepada calon Pembangkang. PKR sekali lagi meletakan calon mereka untuk menentang BN pada piliharnaya kecil 25 April ini.


Tarikh penamaan calon ialah pada 17 April iaitu Sabtu.

0 comments: