Template by:
Free Blog Templates

7 April 2010

Bertemu Bekas Ketua Cawangan UMNO Yang Uzur






Sebaik diberitahu,Petang semalam, Saya terus ke rumah beliau di Kampung Sungai Jernih. Idris bin Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah Yeh, 73 tahun adalah bekas Ketua UMNO Cawangan dan kini uzur.


Pak Ngah Yeh cukup aktif dan amat mesra dan disenanggi oleh anak-anak buah beliau di Cawangan Sungai Jernih. Beberapa tahun yang lalu, beliau mengambil keputusan bersara dan menyerahkan tanggung tersebut kepada Ketua sekarang, Jamaluddin Mat Isa.


Pak Ngah Yeh mendapat tahu lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ke Ijok dan berhasrat untuk menyambut Pemimpin utama Negeri itu, tetapi mohon maaf kerana keuzuran.


Sebelum itu, Saya sempat ke rumah bekas Bendahari Cawangan Sungai Jernih, Zakaria bin Mokhtar, 65 tahun yang juga uzur. Beliau tinggal bersama Ibu Mertuanya, Che Kiah binti Abdul Rahman, 82 tahun seorang Warga Emas yang juga uzur.


Saya juga melawat sepasang suami isteri yang juga warga emas yang uzur di Kampung Sungai Jernih. Mereka ialah Salleh bin Mat Yatim, 80 tahun dan Halimah binti Mohd Hussain, 82 tahun yang mengadu tidak menerima sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Saya berharap lawatan tersebut membuktikan bahawa jasa dan segala pengorbanan pemimpin sebelum ini tidak dilupakan.


Saya juga berharap generasi muda jangan lupa dengan jasa dan khidmat pemimpn sebelum ini dan sentiasa menghormati mereka, teruitama yang uzur.

0 comments: