Template by:
Free Blog Templates

6 April 2010

Membantu warga Emas



Beberapa bulan yang lalu Saya ke rumah beliau selepas menerima aduan mengenai masalah bekalan air paip di Kampung Titi Ijok dalam DUN Kubu Gajah.

Masih banyak keluarga di Titi Ijok yang tidak mampu untuk membiyai kos pemasangan bekalan air paip ke rumah mereka dan Saya telah mengemukakan senarai mereka yang terlibat kepada Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi, semasa Mesyuarat Tindakan Daerah baru-baru ini untuk tindakan segera.


Tetapi, ketika saya melawat Ariffin bin Nawi, 80 tahun, seorang Warga Emas, kelmarin beliau amat uzur dan cuma terbaring diatas katil. Alhamdullilah, Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.


Ketibaan, Saya disambut oleh isteri beliau. Ariffin ketika zaman mudanya amat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan cukup dikenali di Kampung Titi Ijok, sebuah perkampungan di celah-celah sebuah ladang kelapa sawit, sebuah Syarikat Gergasi Negara.


Saya tidak akan melepas peluang melawat Warga Emas yang uzur di DUN Saya dan cuba mendapatkan mereka bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini adalaha kerana ada diantara mereka yang tinggal bersendirian dan tidak mungkin mereka boleh membuat permohonan.


Sebeb itu, Saya sendiri telah meminta kerjsama semua Ketua Kampung supaya mempunyai pengkalan data mengenai warga emas yang uzur dan menghadapi masalah membiyai kos perubatan mereka.


Keluarga miskin dan tidak mampu, harus diberikan keutamaan termasuk Ibu-Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan ramai dan ada pula yang tidak memilikki tempat tinggal tetap.

0 comments: