Template by:
Free Blog Templates

4 April 2010

Jangan Perlekeh Produk Kampung











Masyarakat Luarbandar harus bangkit dan tidak segan untuk memasarkan kekayaan produk mereka. Begitupun, mereka harus menjaga kualiti kerana ia adalah faktor penting untuk menarik perhatian ramai.

Banyak produk di Kampung yang boleh dipasarkan jika usaha dibuat oleh pihak-pihak berkenaan secara serious. Produk tempatan juga berkempuan bersaing dan menembusi pasaran antarabangssa.

Saya berkata demikian ketika meresmikan persembahan kebudayaan dan majlis sumbangan kepada Warga Emas yang berlangsung di Homestay di Bagan Bahru anjuran ADUN Kubu Gajah, malama tadi.

Penerima sumbagan tersebut ialah Wan bin Mat Zain. 92 tahun, Shaari bin Saman, 60 tahun, Haji Razak bin Zakaria, 82 tahun, Salleh bin Awang, 83 tahun, Rafidah binti Jusof, 86 tahun, Amah binti Ahmad, 76 tahun, Peah binti halus, 83 tahun, Zainon bin Lazim, 64 tahun dan Saimah binti Ahmad, 85 tahun.

Saya juga sempat sempat bertemu dengan Pelawak Madrashid bin Isa, yang turut hadir di majlis tersebut.

Orang ramai telah dihiburkan oleh persembahan kumpuan Ghazal daripada Kampung Anak Kurau, Batu Kurau. Pada sebelah petang diadakan persembahan Silat dan peraaduan melukis di kalangan Pelajar Tadika.

Iniatif mengadakan program tersebut termasuk persembahan kebudayaan ialah bagi menarik ramai lagi pelancong ke program homestay di Bagan Bahru.

Walaupun, perrtama kali diadakan dan dalam hujan yang turun agak lebat pada sebelah petang tetapi sambutan adalah menggalakan. Saya juga sempat meninjau gerai-gerai jualan hasil produk kampung dan jualan makanan tempatan.

Diantara Agensi Kerajaan yang terlibat dengan program homestay di Bagan Bahru itu ialah Risda.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dijadual melawat homestay Bagan Bahru dalam lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah pada 7 dan 8 Mac ini.

0 comments: