Template by:
Free Blog Templates

12 April 2010

Pentingkan sekolah Agama





Dalam program melawat Sekolah-Sekolah, Saya turut memberikan perhatian kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) kerana ia penting dalam menyediakan pelajar-pelajar yang berilmu dengan agama.


SAR ini amatlah penting bagi mempastikan pelajar-pelajar mendapatkan didikan agama yang secukupnya.


Dalam tinjauan Saya tidak dinafikan masih banyak kemudahan yang perlu disediakan. Ketika melawat SAR di Sungai Jernih, Pengetuanya telah mengajukan beberapa permohonan untuk kepentingan pelajar sekolah tersebut termasuk peralatan musik untuk persembahan mereka, selain kerusi dan meja.


Saya kagum dengan sifat kesabaran Guru-Guru SAR, dalam menjalankana tugas mereka untuk mendidik anak bangsa, sekalipun dalam keadaan yang serba kekurangan.


Sebelum ini, Saya juga telah melawat beberapa SAR dalam DUN Kubu Gajah seperti di Pekan Kubu Gajah, Sungai Limau, Sungai Ara dan Kampung Sangkut.


Kebanyakan pengurusan SAR mohon kelengkapan dan kemudahan sekolah yang masih banyak kekurangan. Ada juga bangunan yang sudah uzur dan perlu diganti seperti di Sungai Ara dan Pekan Kubu Gajah.

0 comments: