Template by:
Free Blog Templates

18 April 2010

Jumpa Rakan di PRK Hulu Selangor






Dalam suasana tegang hari penamaan Calon Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor pagi tadi, Saya bertemu dengan rakan-rakan lama yang turut hadir memberi sokongan kepada Parti Barisan Nasional (BN).




Diantara mereka ialah, Said Yusof, bekas Ahli Parlimen Jasin yang pernah mencetus kontrovesi di Dewan Rakyat terutama mengena isu Kastam dan Datuk Haji Abdul Halim bin haji Abdul Samad, Pengerusi KUB dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.




Juga berada di sebuah gerai menjual minuman di tepi jalan ke Kubu Bahru ialah DatukAhmad Bashah bin MD Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang ADUN Bakar Bata, Alor Setar, bersama rombonganya.




Kami berbuat panjang sambil menunggu pengumuman resmi calon-calon yang layak bertanding di PRK Hulu Selangor pada 25 April ini.




Mengenai peluang BN menang, faktornya mudah sahaja ialah jika jentera BN bekerja dalam satu pasukan.




Jika benteng BN Kuat dan teguh, sukar bagi Pembangkang untuk memecahkannya. Rakyat lebih gemar kepada Parti yang mengutamakan kepada pembelaan dan perkhidmatan terbaik.




Elakan fitnah-menfitnah kerana ini akan mencetuskan lagi ketegangang dan akhirnya merugikan semua pihak.




UMNO Bahagian Larut akan turut membantu kempen Calon BN, P.Kamalanathan. Ketua Penerangan MIC Pusat itu akan ditengant oleh Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon Bebas.




Saya dan Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohd Fauzi Kassim dan beberapa orang Ketua UMNO Cawangan dan Jawatankuasa Pemuda, kemudian beredar untuk makan tengahari.




0 comments: