Template by:
Free Blog Templates

4 April 2010

Petanque Sukan Untuk Semua






Sukan Petanque semakin mendapat perhatian rakyat di luar bandar, walaupun ia tidak berkembang sebagaimana permainan bowling padang.


Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah menjadi perintis kepada sukan tersebut untuk orang awam Parlimen Larut yang kini mempunyai dua buah gelanggang.


Diperingkat Sekolah, setakat ini cuma Sekolah Menengah Datuk Haji Hussein Selama yang memilikki gelanggang sendiri.


Kelab Petanque Kubu Gajah telah ditubuhkan kira-kira enam bulan yang lalu yang diketuai oleh Abdul Karim Ismail, seorang pesara dan cukup aktif dengan ahlinya sekarang menjangkau 61 orang termasuk orang kurang upaya (OKU).


Setakat ini wakil Kelab tersebut, Mohd Shafik bin Sariffuin telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir pertandingan anjuran Koperasi Negeri Perak di Kuala Kangsar, baru-baru ini.


Pagi tadi berlangsung satu perlawanan Petanque Jemputan peringkat DUN Kubu Gajah yang berlangsung di gelanggang Majlis Daerah Pekan Kubu Gajah dengan penyertaan tiga buah kelab iaitu Kelab Seklah Menengah Datuk Haji Hussein, Selama, Kelab Sekolah Menengah Kubu Gajah dan Kelab Petanque Kubu Gajah sendiri yang seramai 54 orang pemain terlibat.


Kelab Kubu Gajah muncul juara keseluruhan dan menerima Piala yang Saya sampaikan pada tengahari tadi.


Saya melihat permainan petanque ini boleh mengeratkan lagi tali silaturahim dan seharusnya lah ia dikembangkan lagi sebagaimana sukan-sukan lain yang juga mampu mencetuskan semangat perpaduan kaum.


Yang menariknya lagi permainan Petanque ini tidak memerlukan pengadil, tetapi sekadar berbincang sesama pemain dan ini boleh mendatangkan permufakatan berbanding dengan sukan-sukan lain.


Menariknya lagi, permainan ini bukan sahaja meliabtkan peserta semua peringkat umur tidak kira dewasa dan kanak-kanak, tetapi mampu melatih setiap pemain dengan sikap sabar dan displin diri yang tinggi.

0 comments: