Template by:
Free Blog Templates

13 April 2010

Calon BN Hulu Selangor

Ramai yang tertanya-tanya siapakah Calon MIC yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor, tidak beberapa hari sahaja lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat telah memberi jaminan bahawa calon yang akan dipilih ialah anak tempatan dari kawasan Hulu Selangor.

Tarikh penamaan calon ialah pada 17 April dan pembuangan undi pada 25 April.

BN Perak diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir juga akan turun membantu jentera BN dalam pilihanraya tersebut.

Besok, Rabu akan melancarkan jentera BN Perak untuk pilihanraya Parlimen Hulu Selangor di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim River.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan ADUN di Perak dijangka turut hadir beramai-ramai di majlis tersebut untuk mempastikan kemenangan calon BN.

Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, calon BN tewas tipis kepada Pembangkang.

0 comments: