Template by:
Free Blog Templates

8 February 2013

UMNO

-->
Ahli-Ahli UMNO dinasihat agar mematuhi arahan dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika memasangan dan menaikan bendera parti.

 






Walaupun deman Pilihanraya Umum (PRU) semakin terasa, tetapi ahli parti harus menjaga displin dan mengelakan berlaku sebarang kesulitan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di perjumpaan tertutup dengan Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan UMNO Cawangan di Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau turut menyampaikan bendera Barisan Nasional (BN) kepada PDM dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah di majlis yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun Kubu Gajah.

Katanya, semua 46 buah PDM dalam Parlimen Larut telah beroperasi sejak awal bulan dan ada yang membuka bilik Gerakan pada sebelah malam.

Beliau menyeru agar jentera parti di setiap perngkat bersedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah turut mengumumkan lawatan resmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Parlimen Larut pada 14 Februari ini, termasuk ke DUN Kubu Gajah.















 



Beliau akan memulakan lawatan ke Selama dengan meninjau sekitar Pasar di pekan tersebut sebelum berlepas ke FELDA, Ijok bagi menyampaikan hakmilik dan makan tengahari.

Beliau kemudian singgah di pekan Redang Panjang dan melawat tapak pembangunan semula pekan Ijok sebelum berlepas ke Batu Kurau pada sebelah petangnya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengetuai ahli-ahli UMNO menaikan bendera BN di sekitar perkarangan Bilik Gerakan Parlimen BN di Kubu Gajah.

0 comments: