Template by:
Free Blog Templates

21 February 2013

BR1M Ijok


Rakyat diseru agar tidak termakan kempen-kempen negatif terhadap kebaikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu memperbaiki kemiskinan dan meningkatkan ekonomi Negara.

 




Mereka juga diingatkan agar berhati-hati dengan tektik pihak-pihak yang sengaja mengadakan isu yang boleh memecah belahkan perpaduan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BR1M di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.

Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali turut hadir di majlis penyampaian bantuan tersebut kepada lebih 400 orang penerima termasuk yang bujang dan berusia 21 tahun keatas.

Beliau menegaskan, BR1M sejak dimulakan tahun lalu secara tidak langsung membantu menggurangka jurang perbezaan di kalangan rakyat semua kaum.

Harus di lihat ianya diberi kepada mereka yang layak tidak kira kaum dan kefahaman politik.















Lebih menarik, pemberian BR1M ini juga berjaya menwujudkan semangat muhibbah dan perpaduan kaum.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin percaya banyak lagi bantuan yang mendatangkan menafaat kepada rakyat akan diberikan sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat dan kepercayaan mentadbir Negara ini.

0 comments: