Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) diberi kepada
mereka yang layak tanpa mengira parti dan kefahaman.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersikap adil dan tidak memilih
kasih.
Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika
berucap merasmikan majlis penyampaian BRIM2 di Dewan Masyarakat Kampung
Tersusun Kubu Gajah, pagi tadi.
Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali turut hadir
di majlis berkenaan.
Seramai 700 orang dari Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kubu Gajah menerima setiap seorang RM 500 melibatkan RM 350,000.
Beliau
menegaskan, pemberian itu tidak bermotifkan politik, tetapi ada pihak-pihak
yang mengambil kesempatan mempolitiknya menjelang Pilihanraya Umum (PRU).
Beliau
menolak dakwaan bahawa pemberian br1m sebagai umpan PRU, sedangkan ia sudahpun
diberi pada tahun lalu.
Datuk
Seri Raja Ahmad Zainuddin meningatkan rakyat pentingnya mereka memilih Kerajaan
yang boleh dan bersedia bila-bila masa membela nasib mereka dan menunaikan
janji tetap pada masa yang dijanjikan.
0 comments:
Post a Comment