Template by:
Free Blog Templates

20 February 2013

Hospital

Kakitangan hospital diseru banyak bersabar ketika melayan kerenah pesakit.

Tidak ramai yang berkemampuan menjalankan tugas mereka, tetapi mereka telah dilatih khas.







Pengurusan dan kakitangan hospital diminta menggekalkan tahap displin yang tinggi dan mengamalkan budaya mesra rakyat ketika berurusan.

Pekara itu dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji omar ketika berucap merasmikan majlis pelancaran sms sihat dan penyerahan dua buah kerusi untuk pesakit asma mendapat rawatan di hospital Selama, pagi tadi.

Turut hadir pengarah hospital, Dr Khairul Bahrin Bin Mohd Baharuddin, ketua polis, Wan Jamil Wan Chik, pegawai Rela, Major Yakub Desa dan pengerusi lembaga pelawat hospital, Nordin Abu Hasan.

Sebagai kakitangan awam tugas dan tanggunjawab mereka kini penuh mencabar dan memerlukan sikap yang beramanah dan jujur.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut berharap hubungan erat dan penuh kemeseraan dapat diwujud diantara orang awam dengan pihak hospital.



































Ahli-ahli lembaga pelawat hospital Selama itu dilantik setiap dua tahun sekali.

Dua buah kerusi asma berharga lebih rm 3,000 itu adalah sumbangan lembaga pelawat hasil peruntukan rm 10,000 yang mereka perolehi daripada kerajaan setiap tahun.

Manakala sms itu bagi pesakit membuat pertanyaan seperti bayaran bil dan tunggakan hospital.

0 comments: