Anggota Polis dinasihatkan
agar meningkatkan displin mereka bagi menjaga imej dan nama baik pasukan
tersebut.
Menteri Bersar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pasukan Polis sentiasa menjadi perhatian umum kerana mereka terbabit secara terus mengenai keselamatan.
Beliau berharap, pasukan polis
terus tabah dalam menghadapi kerenah masyarakat ketika menjalankan
tanggungjawab mereka.
Beliau juga mengingatkan
anggota Polis agar menjaga segala maklumat dengan baik kerana itu adalah
menjadi amanah mereka.
Dr Zambry berkata demikian
ketika berucap di majlis mesra bersama anggota Polis di Selama sempena dengan
lawatan kerja sehari, pagi tadi.
Dr Zambry juga melawat pasar
dan gerai-gerai makan di sekitar pekan Selama,selain menyampaikan sumbangan beg
sekolah, mok cek Felcra bagi baiki rumah dan Yayasan Bina Upaya (YBU).
0 comments:
Post a Comment