Template by:
Free Blog Templates

23 February 2013

4x4 road to Kubu Gajah



Kubu Gajah akan terus dibangunkan dengan pelbagai rancangan termasuk kemudahan perhubungan yang lebih baik.

 








Ia termasuk menai taraf jalan Redang Panjang sepanjang 15 kilometer ke Batu 20 dengan harga rm 15 juta dan pakej kedua jalan Kubu Gajah-Ulu Sepetang sepanjang 11 kilometer dengan kos lebih rm 20 juta.

Pekara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah musim 2013 di Felda, Ijok, pagi tadi.

Pegawai belia dan sukan daerah kecil Selama, Izani Ismail, pengerusi jawatan kerja, Nasaruddin Mawi dan ketua kampung felda, Ijok, Haji Shukur Bin Haji Jaman adalah diantara lebh 5,000 orang yang hadir.

Ijok dan Kubu Gajah adalah diantara 14 pekan kecil di seluruh Perak yang  dikenalpasti bagi dibangunkan semula.

Mengenai kemudahan sukan, beliau berkaja, sebuah mini stadium akan dibina di felda Ijok dan sebuah padang tiruan di pekan Kubu Gajah.

Tender projek mini stadium berharga rm 1 juta telah dikeluarkan manakala lawatan tapak bagi pembinaan padang tiruan Kubu Gajah bernilai rm 1.5 juta pada 26 februari ini.

Juara tahun  lalu, Vincent Kho dari puchong, Selangor adalah diantara tujuh buah hardcore buggy yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan berakhir besok.

































Peserta-peserta lain dari Terengganu, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak.

Seramai 31 peserta menyerjai pertandingan cubcross, termasuk dari felda.

Buat pertama kali satu pertunjukan freestyle cubcross melibatkan dua peserta, Azri Adi Bin Mahadi dari Kedah dan Aidil Adha Bin Salimi dari Perak telah mempesonakan penonton yang membanjiri trek di felda, Ijok.

Adha adalah juga pemenang kedua perlumbaan freestlye cubcross  di Indonesia.

0 comments: