Template by:
Free Blog Templates

7 February 2013

Pangkat




Rakyat diseru agar tampil untuk menanggotai RELA dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.








Peranan RELA semakin mencabar setelah diberikan pengiktirafan membantu pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang.

Perkara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Brig-Jen. (RELA) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas majlis menerima pangkat di dewan serbaguna sungai Terap dekat Selama malam ini.

Pangkat  Brig-Jen tersebut disampaikan pengarah RELA Perak, Brig-Jen, Mohd Khariri Bin Abu Hassan.

Menurut Mohd Khariri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagan Larut adalah adun pertama di Perak menerima pangkat Brig-Jen tersebut.












Berucap merasmikan  majis taklimat dan dialog bengkel gerak kerja keselamatan RELA peringkat parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyeru agar anggota menggekalkan displin dan imej sebagai pasukan beruniform  contoh di negara ini.

Beliau menyeru agar anggota rela di semua peringkat meneruskan kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau juga berharap ketua-ketua kampung yang telahpun diberikan pangkat baru-baru ini akan menjadi contoh kepada masyarakat yang lain.

0 comments: