Template by:
Free Blog Templates

12 October 2012

Sungai



Kira-kira 50 orang penduduk dikampung Teras Hilir setiap hari terpaksa meredah sungai untuk ke kebun getah mereka.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang melawat kampung tersebut amat simpati dengan nasib penduduk-penduduk yang terlibat, terutama wanita.

Beliau telah meminta jabatan parit dan saliran (JPS) membina sebuah titi gantung untuk kemudahan mereka menyeberanggi sungai disitu ke ladang getah mereka.






Kos membina titi tersebut dianggarkan sekitar rm 30,000 dan beliau telah menghubunggi jurutera kanan daerah Larut, Matang dan Selama, Mokhtar Sairan mengenai pekara tersebut.

Adun berkenaan berharap JPS dapat bertindak segera kerana pada masa ini langsung tiada kemudahan untuk penduduk dan meredah sungai boleh mendatangkan bahaya kepada mereka terutama pada musim cuaca buruk dan banjir.

 






















Kebun getah yang mereka usahakan sekitar 200 ekar.

Turut hadir ketua kampung Teras, Haji Abdul Wahab Mat Yatam yang juga ketua UMNO cawangan.

2 comments:

Anonymous said...

Boleh tidak JKKK tubuhkan syarikat mengambil pasir di Sungai.

Nampaknya tempat kita habis ditorkai orang Ipoh ambil pasir kadang2 tidak ikut law.

Harga getah/sawit masih tak selaras. Trengganu dan NS masih tinggi harga getah. Selama Kedah masih terendah dalam kawasan kita. Sg Lompong lebih murah dari Kubu Gajah.

Unsur penipuan yang ketara ialah pembelian getah sehari dan 7 hari dalam simpanan.

BEgitu juga tentang harga. Harga bertukar pukul 12 tengahari.

Kalau harga petang naik mereka masih ikut harga pagi.

Inilah penipuan yang paling besar.

Nampaknya YB manapun pun tak boleh control kerana mereka tidak turun padang jual getah jam 11 pagi dan jual lagi jam satu petang.

Yang sebenarnya bila YB turun padang YB kita mesti buat eksperimen untuk mengetahui.
manupulasi harga getah.

Buah kelapa sawit lagi ligat. Harga ditentukan berdasarkan perahan minyak setempat.

Yang mana lebih banyak keluar minyak. Tandan besar buah kecil atau tandan kecil buah besar?

Orang tak sekolah pun tahu jawapannya tapi mereka tipu kita hidup2

Kadang2 kita nak tolong Melayu inilah jadinya.

Polis selalu ada road block tapi tak cuba tangkap pencuri buah sawit.

Tunggu saja diREM dan lihat siapa tiada lesen. Mereka asik jalan sana dan jalan sini tapi tak singga di REM dan KELING BOTOL

Kalau saya polis saya selalu singgah di keling botol. Tanya siapa yang selalu jual besi. Takkanlahoarang yang sama ada banyak besi untuk dijual. Kalau ada orang jual sedikit sawit saya tanya lesen.

Nasib baiklah saya tak polis. Orang jalan tiada kerja beri kerja tanam sayur.

Sepatutnya budak2 tepi jalan tiada kerja hendaklah ditanya pekerjaan mereka supaya pencuri tidak bertambah. Address mereka hedaklah diambil.

Anonymous said...

Kampung Sangkut dan TERAS selalu ada masalah.

Cuba mereka belajar dari orang Sungai Malau, Tebing Tinggi, Sungai Jambu, Sungai Dendang dll. Mereka ini kurang ada masalah walaupun sungai mereka rosak dan sawit mereka selalu tenggelam dll