23 October 2012
Jalan besar
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) meluruskan jalan yang berbengkok dari batu 20 hingga ke Redang Panjang yang sering mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Jalan tersebut bukan sahaja berbengkok, tetapi agak sempit dan bahaya jika kenderaaan berselisih kerana bahu jalan yang agak tinggi.
Jalan ini merupkan perhubungan utama kepada penduduk-penduduk yang datang dari arah Redang Panjang.
Jalan sepanjang kira-kira lima 10 kilomter itu jika diluruskan boleh menjimat masa perjalanan dan menjadi sekitar 3 ke 4 kilimoter sahaja.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, beliau telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak atasan JKR dan mereka sedia menimbang secara mendalam diatas cadangan meluruskan jalan tersebut.
Projek meluruskan jalan itu juga boleh membantu ke arah kemajuan dan pembangunan tanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ada lagi satu jalan bengkang bengkok dari kilang kelapa sawit jalan Selama, Kubu Gajah hingga jalan ke Bagan Serai di Lembah Keluang dekat 'kilang' buat hasil cement.
Sebelum YMDS balik kampung perancangan memang meluruskan jalan tersebut tetapi mendapat bantahan kerana pekan Kubu Gajah akan mati.
Yang sebenarnya ia tak mati tetapi ia membesar hingga ke Lembah Keluang.
Sebelum Jepun Lembah Keluang sudah ada kedai getah tapi Kubu Gajah masih hutan.
Kita perlu bina pekan baru kerana orang Cina tak berapa suka jika kita pindah ke pekan mereka.
Tapi kalu mereka pindah ke pekan kita OKlah kerana mereka perlu merancakkan ekonomi.
Kita jangan perkauman sangat jika kita mementingkan pembangunan ekonomi. Biarlah bangsa lain lebih perkauman kerana dalam business kita akan rugi jika kita perkauman.
Anak murid saya dulu suruh saya balik hutan. Saya rasa bapa mereka yang mengajar mereka berkata demikian.
DiJelai dang Sungai Bayur zaman dulu ada juga komunis Melayu dalam hutan tapi Cina komunis yang lebih ramai dalam hutan dari Serdang ke Batu Kurau.
Kalau FELCRA beri geran, kerajaan hendaklah mengutamakan mereka yang membina rumah kekal di tanah tersebut.
Saya lihat FELCRA Tebing Tinggi ramai orang luar yang dapat tanah tersebut termasuklah Taiping, Ipoh dll.
Anak mereka ini, satu masa nanti akan menjual tanah tersebut jika tidak ada pembangunan di situ. Ada antara mereka ini hanya spekulators (kumpulan cari untung)
Cuba lihat nama mereka di Pejabat tanah ramai yang ada tanah. Taip saja kad pengenalan mereka di Taiping, Ipoh dll. untuk melihat apa yang saya katakan.
Saya lihat YMDS sudah mula proaktif.
Kalau sentiasa reaktif hanya kawan rapat YMDS dan yang kaki ampu sahaja yang dapat bantuan kerajaan.
Yang lain asyik nganga sahaja. Bila nak buat parit di kawasan paya untuk menjana ekonomi. Tengok petalah YMDS.
Study peta tempatan. Lihat tanah kerajaan untuk buat parit
Post a Comment