Template by:
Free Blog Templates

24 October 2012

Gerai


Majlis daerah Selama (MDS) akan membina beberapa buah lagi rumah kedai di pekan Kubu Gajah bagi menggantikan bangunan yang lama.







Empat buat gerai lama yang ada sekarang akan mula diroboh dan peniaga disitu akan dipindahkan ke bangunan sementara di jalan Taiping.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meninjau pembinaan empat buah gerai sementara yang dibina dengan kos kira-kira rm 30,000 dan hampir siap.

Bangunan rumah kedai yang baru jika dibina dianggarkan menelan belanja lebih rm 300,000 sebuah.

Bangunan baru itu akan mula dibina selewat-lewatnya awal tahun depan.






Pada masa ini MDS telah membina lapan buah pintu rumah kedai di pekan Kubu Gajah dan disewa kepada mereka yang layak.

Pembinaan beberapa buah lagi bangunan baru itu adalah sebahagian daripada usaha menaik taraf pekan Kubu Gajah yang terletak diantara jalan utama ke Selama, Bagan Serai, Taiping dan Grik.










Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan jika tindakan pembangunan fisikal secara agresif, pekan-pekan kecil seperti Kubu Gajah akan ketinggalan.

9 comments:

Anonymous said...

Kalau semua orang membina rumah di tapak kampung tersusun sudah tentu penduduk Kubu Gajah bertambah ramai.

Jika sudah ramai penduduknya apa jenis kedai pun laku.

Saya syorkan YMDS beritahu pejabat tanah menikkan cukai tapak rumah yang tidak berumah kerana tujuan asal tanah tersebut ialah untuk menggalakkan orang berpindah ke kubu Gajah supaya semua kemudaham akan disiapkan.

Kalau mereka tidak pindah pejabat nenas, MPOB dll tidak akan mahu berpindah ke sana seperti di Gua Musang.

Gua Musang membesar kerana taman perumahan. Begitu juga Inanam di Sabah atau pun Penampang. Mulanya bukan kerana kedai tapi taman perumahan dahulu.

Saya masih syorkan YMDS bekerja keras supaya Genting Plantation membina taman perumahan mereka arah ke Selama, Boustead arah ke Bagan Serai dan Sime Darby arah ke Taiping. Disamping itu membina kedai untuk di jual. Kalau tiga cabang ini penuh dengan taman sudah tentu Kubu Gajah akan jadi Gua Musang.

Orang India sudah bersetuju nak beli rumah di Lambah Keluang.
Begitu juga di Sungai Malau kerana kubur dan kuil mereka ada di situ.

Orang pedalaman Sungai Malau pun keluar berpidah di tepi jalan Bagan Serai jika estet Sungai Malau membina taman perumahan di situ

Kalau kita harap majlis dan kerajaan sahaja banyak manalah duit mereka ada.

Khazanah baru2 ini dapat berbilion ringgit kerana ASTRO sudah tentu dengar cakap PM apa nak buat dengan duit itu. Buat baiklah dengan PM.

Anonymous said...

Saya harap OKU (Orang Kuat UMNO) perlu juga berbuat baik dengan korporat perladangan untuk membina Kubu Gajah.

Saya lihat trend sekarang kalau kita ahli politik ahli politik sahaja yang kita buat baik tapi terlupa orang korporat atau lain2

OKU (Orang Kaya UMNO) boleh juga mewakafkan tanah mereka untuk dimajukan seperti yang terdapat dekat rumah Pak Mentua Mentri Pertahanan di Masjid Tanah. Kerajaan bina sekolah agama di situ.

Anonymous said...

34 reusupdUntuk penorka FELDA Ijok

Pencapaian diutamakan tidak diaplikasikan kepada pemilihan pengarah FGV sebab itu mereka tidak ada strategi untuk mengatasi jika ada orang main saham FGV dan harga CPO menurun.

Saya harap kerajaan memilih pengarah yang lulus RISK MANAGEMENT dan STRATEGIC MANAGEMENT untuk memilih pengarah baru FGV untuk mengatasi penurunan harga.

Saya tidak dengar strategi FGV untuk mengatasi cornerstones yang akan menjual saham mereka hujung December ini.

Pengarah syarikat mestilah bertindak seperti jurulatih bola.

Kalau lawan kita buat begini kita pula buat strategik lain untuk mengatasi apa yang mereka buat.

Kalau CPO turun apa mereka nak buat pun kita tak tahu?

Dalam masa jangka panjang CPO akan menurun kerana kita nak tanam sawit di Burma dan Filifina dan pengeluaran mereka akan mengatasi Malaysia kerana orang miskin lebih rajin daripada orang kaya (tidak ada kena mengena dengan Melayu atau Cina. Bila Jepun datang semua rajin kerana semuanya jatuh miskin. Teori kemiskinan yang menentukan kerajinan, tapi bukan disebabkan bangsa atau teori Protestent ethic) dalam dunia pertanian. Yang lain kaya disebabkan teori work smart but not hard. Inilah teori kemiskinan yang saya pelajari.

Saya lihat Tabung Haji ada strategic tertentu. Mereka jual kebun mereka ke TH Plantation dan beli saham TH Plantation. Tabung Haji nampaknya main saham betuls untuk membayar susidi.

Bapa jual ke anak dan beli pula saham anak.

Bila saham anak naik mereka jual balik macam KWSP dan wang simpinan pesara.

Kalau tak buat begini saham FGV tak akan naik jangka pendek atau pun jangka panjang.

Anonymous said...

Pusat komputer desa di Selama tidak berfungsi seperti yang saya harapkan. Kadang2 tutup. Ikut suka hati nak buka.

Boleh tidak kita pindahkan ke Kubu Gajah.

Lagi pun istilah 'desa' tidak sama seperti 'pekan' mengikut kamus dewan.

Munkin orang kerajaan yang merancangnya di Selama tidak lulus BM kerana beliau tidak faham maksud 'desa'. Orang India Holyrood Estate pun tahu apa erti 'desa'

Kalau di Kubu Gajah Cikgu Abu Samah dan saya tetap menjadi pengunjung utama.

Anonymous said...

PRU 13 hampir tiba

Di PRU 12 kita hanya dapat kambing Pondok Tanjung.

Sampai masanya kita melihat kembali kejayaan NCER koridor utara untuk membuktikan janji ditepati.

Saya pernah lihat plan koridor utara untuk mencanggihkan kawasan feri Butterwoth. Tapi sudah hampir lima tahun janji tersebut belum ditepati.

Kambing di Pondok Tanjung tak berapa kelihatan tapi jagungnya saya sudah beli banyak kali.

Diharap YMDS beritahu mereka buat gerai jagung, susu kambing, baja tahi kambing (kompos), daging kambing dan lain2 hasil ternakan kambing di tepi jalan kerana saya peminat susu kambing dan tahi kambing.

Saya 'beli' tahi kambing di tempat lain kerana Pondok Tanjung tidak local business oriented.

Lagi satu saya lihat NCER hendak menggalakkan anak penanam padi supaya lebih pandai menanam padi dari bapa mereka. Anak gembala kambing lebih pandai daripada bapa mereka cara2 membela kambing.

Saya harap NCER melatih anak gembala kambing menjadi pengarah syarikat ternakan kambing dan anak penanam padi menjadi chairman TWS, Bernas dll. Mereka sudah jemu asyik tanam padi dan jaga kambing YMDS?

Kita harus ketepikan metaliti penjajah to make son of fishermen to be better fishermen. Saya harap kerajaan tahu dasar penjajah.

Beritahu CEO NCER lantik anak penanam padi jadi pengarah eksekutif syarikat yang berkaitan dengan padi.

Anonymous said...

Nama calon akan dikemukakan ke PM.

Saya harap bagi negeri2 dan kawasan yang menjadi fixed deposit nama calon tidak payah dirasiakan lagi. Mereka mestilah megikut kedudukan dalam politik.

Tapi di kawasan yang tidak selamat nama calon hendaklah dipilih mengikut strategi BERPERANG.

Maksud saya kita mesti lihat siapa lawan kita terlebih dahulu dan atasi keistimewaan calon lawan dengan memilih mereka berdasarkan terbilang, gemilang dan cemerlang lebih dari calon lawan.

Di LMS kita perlu mengatasi keistimewaan calon seperti Dr. Dhari, Ustaz Nazri Din Dan Ustaz Akmal. Kalau kita tidak mencalonkan calon yang lebih ternama dari mereka ini susahlah kita hendak menang kerana orang Cina dan India melihat kelulusan calon. Orang Melayu pula mahu bersih, amanah, integriti dan karismatik.

Pendek kata adakah calon UMNO ada potongan untuk jadi MB dan MP UMNO ada potongan untuk jadi PM.

Kalau tiada kita ada masa lagi mencari mereka yang berpotesi untuk menjadi PM/MB kalau tidak LMS (UMNO) tidak akan maju seperti LEMBAH KINTA (DAP)

Anonymous said...

Tidak lama lagi borang lembu free akan dikeluarkan.

Saya harap borang ini hanya diberikan kepada mereka yang ada pagar lembu.

Sebelum saya beritahu YMDS, saya sudah membuat aduan ini kepada mereka yang memberi bantuan tapi munkin mereka kena tipu agaknya.

Munkin mereka tunjukkan kandang lembu orang lain. Pegawai berkenaan tidak menorientasikan plan dengan tanah yang berpagar kalau ia jauh dari jalan atau sungai. Mereka hanya berpandukan mercutanah seperti jalan dan sungai.

Di kawasan Kubu Gajah ada 3 tauke lembu Melayu dan 2 tauke India di Lembah Keluang.

Saya harap tauke lembu ini belajarlah dengan orang India Lembah Keluang cara membela lembu yang tidak dimarahi oleh orang lain.

Lembu India lebih banyak dan mereka keluarkan juga lembu2 ini pada masa tertentu sahaja tapi ada orang menjaganya supaya ia tidak merayau ke kampung orang.

Saya harap orang UMNO yang ada masalah elakkan mendapatkan kedudukan walaupun mereka pandai bercakap dalam mesyuarat.

Saya tidak aktif dalam UMNO kerana orang yang ada masalah yang selalu di pilih jadi jawtankuasa atau pemimpin pertubuhan.

Saya hairan pengundi di tempat kita tidak mengenali siapa hendak di pilih untuk menjadi jawtankuasa pertubuhan atau ketua organisasi bagi semua apek, bidang atau jenis pertubuhan yang hendak mengendalikan pembangunan.

Saya harap JKKK perlu mendapat sebidang tanah untuk dimajukan supaya mereka boleh berdikari mengurus perbelanjaan pemantauan.

Tapi kalau ada tiap2 kawasan diwakili seorang ahli masalah tak akan timbul.

Masalah yang timbul ialah ketua kampung hanya tengok rumah besar dianggap orang kaya tapi di kampung saya ada orang miskin yang mempunyai pendapatan lebih 3,000 (KERANA rajin)sebulan. Yang rumah besar hanya dapat 2,600 sebulan kerana ia asyik menyimpan duit untuk beli rumah. Yang miskin asyik makan di kedai kopi tiap2 hari.

Saya lihat ketua kampung selalu duduk kedai kopil sudah tentu mereka tahu siapa yang 'miskin' tetapi asyik makan di kedai yang selau mereka anggap kaya nak makan dikedai pun duit tak cukup (sayur lemak daun ubi kayu dan ikan masin). Yang miskin makan daging dan ayam di kedai2 makan.

Saya lihat yang kaya ni ramai juga macam orang Bengali menyimpan duit nak beli rumah. Sebab itu kita panggil Roti Bengali untuk cermat makan roti benggali dengan susu sahaja.

Anonymous said...

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi apa yang saya pelajari jika harga getah turun kita jual banyak hasil getah seperti sarung tangan, kondom. tayar. perabut kayu getah dll (downstream).

Begitu juga kelapa sawit. Pengeluaran 4 hasil yang terbesar hasil dari minyak sawit perlu diperbesarkan pengeluarannya. Begitu juga papan lapis komponen kayu kelapa sawit.

Banyak giant market di bandar besar kehabisan SAJI minyak sawit FELDA. Kelemahan pemasaran FELDA

CADANGAN SAYA KITA MESTI ADA OIL PALM CITY AND RUBBER CITY YANG MENGELUARKAN HASIL MINYAK SAWIT DAN HASIL GETAH DEKAT PELABUHAN DAN LADANG SAWIT DAN GETAH seperti di Selama dan Bagan Datuk (dekat pelabuhan dan kebun getah)

Saya masih tak puas hati tayar keluaran Indonesia, Filifina dan Thai masih banyak dijual di sini walaupun kita pengeluar getah utama

Yang penting saintis getah dan minyak kelapa sawit bagi Malaysia untuk menjayakan RUBBER CITY yang terulung berada di Malaysia.

Biodiesel munkin prosesnya lebih mahal.

Saya harap club Tan Sri dapat membina kilang tayar kerita dengan segera. Mereka kurang kreatif asyik menjawat jawatannn GLC yang sudah sedia ada. KENAPA TAN SRI kita tidak creatif? Create syarikat tayar dan sarung tangan yang paling laku sekarang ini dengan menggunakan pengelaman mereka hingga menjadikan mereka Tan Sri. Begitu juga profesor yang pandai bercakap tidak menghasilkan syarikat terbilang.

Anonymous said...

FGV masih tidak memahami kenapa harga minyak sawit tak turun tapi harga buah sawit turun

Mereka juga tidak dapat menyesuaikan kapisiti pengeluaran kilang sawit dengan pengeluaran buah kelapa sawit.

Saya rasa Tan Sri Isa Samad tidak tahu 'downstream business' agaknya sebab itu dividen FGV semankin merosot.

Memanglah saham turun 'sementara' tapi kalau kita pandai makna perkataan 'sementara' dalam business tidak ada, juga dalam kamus kita yang buat business sudah tentu kita dapat mengatasi penurunanan harga jika syarikat yang sama membina kilang sliper, kondon dan gloves'

Saya harap Ustaz Nazri Din pakar ekonomi Kubu Gajah perlu membuat memorundum untuk 'mensatabilkan' harga sawit. Saya pun hairan beliau asyik berpolitik tapi tidak menggunakan kepakaran beliau untuk membuat memorundum/cadangan.

Kita bukan hendak berkelahi tapi saya susah hati ramai orang Melayu lulus sesuatu bidang pengajian tapi tidak menggunakan ilmu mereka pelajari untuk mengatasi hara CPO yang turun.

UMNO pula tidak memilih orang mereka yang pakar dalam bidang tersebut menjadi pengarah FGV untuk mengatasi harga CPO.

Perkara ini sangat senang diatasi tapi mereka asyik berpolitik tidak dapat mengatasi harga CPO yang menurun.

Begitu juga persatuan profesor yang pendapatan lebih 20,000 sebualan tadak kreatif. Mereka hanya jadi kumpulan think-tank tapi tidak CREATE syarikat DOWNSTREAM business dalam bidang kelapa sawit dan getah. Kalau saya dapat 20.000 sebulan sudah tentu saya bina kilang sliper dengan profesor2 yang lain.

FGV sepatutnya ada kilang sarung tangan kerana harganya lebih tinggi dari menjual getah secara terus . Tapi tidak direalisakan.

Professor pula harus 'menghasilkan' pusat penyelidikan bukan menjadi think-tank tapi hasilnya yang diperlukan.

FGV mesti memandang keuntungan secara holisik tidak hanya melihat turun harga getah tapi kita mesti lihat kenala harga sliper tak turun. Inilah kelemahan FGV yang saya lihat. Kilang sliper pun mereka tidak ada untuk mengatasi harga getah. yang menurun.

Kesimpulannya mudah sahaja jika harga getah turun kita hasilkan banyak tayar, sliper dan sarung tangan yang harganya turun.

Saya lihat kerajaan berjaya berbuat demikain dengan tidak mengekspot kayu getah tapi mengekspot perabutnya.

Kalau jual kayu getah harganya juga naik turun tapi perabut 'less volitile'.

Secara holistik bermakna harga getah turun tapi sarung tangan tidak turun. Bagaimana kita hendak untung diakhir tahun kalau kita ada keduanya.

Nampaknya Daypus FGV pun tak kedengaran. Saya takut mereka jual semua saham mereka hujung bulan DECEMBER dan bila turun mereka beli balik macam GEORGE SOROS.

Kalau otak mereka macam Gerorge Soros itulah permainan mereka. Orang FELDA tak tahu main saham tunggu dividen sajalah yang menurun kerana business downstream lambat direalisaikan.