Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berharap banyak lagi agensi kerajaan tampil membantu program membaiki rumah rakyat miskin.
Beliau berterima kasih kepada agensi-agensi Felcra dan felda yang mempunyai seumpama itu.
Begitupun, masih banyak permohonan baiki rumah dari kalangan rakyat miskin yang diterima.
Beliau berkata demikian selepas perjumpaan dengan ketua-ketua kampung di pejabat penghulu Mukim Ijok, petang tadi.
Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pengurus peserta Felcra Perak, Rasidi Ahmad.
Sebanyak 27 buah rumah fasa pertama yang telah dikenal pasti untuk dibaiki dengan kos sekitar rm 135,000.
Baru-baru ini felda tampil melalui yayasannya untuk membaiki 80 buah rumah yang dikenalpasti di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah dengan kos rm 400,000.
Dun Kubu Gajah adalah diantara kawasan yang mempunyai ramai rakyat termiskin di Perak, tetapi semakin bilangan mereka yang telah dibantu.
2 comments:
LBS Bina Berhad nak bina rumah di IPOH. Kerajaan BN asyik bina tempat DAP saja. Sudah kena mandrum ke.
Kalau bina jalan ke Cameron Highlamd sempadan Pahaang ada lebih baik (hawa pergunungan). Saya pun sihat
Binalah rumah FELCRA di tapak semaian FELCRA Sungai Malau supaya ia maju setapak lagi.
Kerajaan bantu luar bandar dengan subsidi tapi di bandar penuh dengan bangunan/syarikat yang menjana ekonomi/pekerjaan lebih laju dari di luar bandar.
Adakah bajet kita hendak mengekalkan SON OF FISHERMAN A BETTER FISHERMAN seperti kehendak penjajah.
Kalau ada kilang sudah tentu SON OF FISHERMA boleh jadi CEO atau eksekutif Chairman.
Sebab itu kita berebut nak jadi YB kerana sudah jemu dengan pokok getah dan menanam padi.
Munkin Menteri pertanian tak jemu dengan bercucuk tanam,bolehlah meneruskan tanam nenas untuk kera di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Kami sudah jemu cium pokok getah.
Kalau berikan subsidi, samapai turun temurun kami akan cium pokok getah.
Post a Comment