Template by:
Free Blog Templates

11 October 2012

Dewan terbiar




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar kesal dan kecewa bila mendapati Dewan Serbaguna di Kampung Mesjid seperti terbiar dan tidak diuruskan dengan baik.


Kawasan sekelingnya berkeadaan kotor dengan sampah sarap yang dibuang dan sebahagian pagar telah dirosakan.

Gate Dewan juga telah tiada manakala pintu masuk ke bangunan juga tidak tertutup manakala kaca tingkat kebanyakannya habis dipecah.

Beliau yang mengadakan lawatan ke Dewan tersebut bersama Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali, mendapati Bilik air juga kotor dan lantai simen di dalam bangunan tersebut tidak lagi bersih manakala dinding habis diconteng.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, bila tiada dewan, penduduk membuat desakan, tetapi bila sudah dibina inilah keadaannya.






Harga sebuah Dewan Serbagunan lengakap dengan gelanggang bukan murah, lebih-lebih lagi bila kos harga bahan juga naik.

Beliau telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM 250,000 bagi pembinaan dewan tersebut daripada Kementerian yang berkenaan ketika menjadi Ahli Parlimen.















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mencadangkan kepada pihak Majlis Daerah Selama (MDS) agar pengurusan dewan tersebut diserahkan kepada Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

0 comments: