Template by:
Free Blog Templates

10 October 2012

Pekan Ijok




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berharap Jabatan dan Agensi yang terlibat dengan pembangunan semula atau menaik taraf pekan Ijok dapat menggurangkan birokrasi bagi mempastikan rancangan tersebut berjalan lancar sepertimana yang dijadualkan.

Perlaksanaan projek tersebut seharusnya tidak lagi menghadapi apa-apa masalah bagi menggelakan berlaku kelewatan pembinaan projek tersebut.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai Pemaju projek tersebut difahamkan telah selesai peringkat menawarkan Tender kepada Kontrrektor yang berkelayakan.










Beliau berkata demikian selepas melawat tapak pembinaan rumah-rumah kedai Pekan Ijok petang tadi. Turut hadir Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali.

Bangunan lama sebanyak 10 unit telahpun diruntuh pada akhir bulan Ogos yang lalu dan kini sedang menunggu bermulanya kerja pembinaan yang membabitkan sebanyak tujuh buah unit pada pasa pertama dengan harga sekitar RM 130,000 sebuah selepas subsidi PKNP sebanyak RM 50,000.










Bagaimanapun, disebabkan masih ada sikap tidak bertolak ansor diantara Jabatan yang terlibat dalam perlaksanaan projek tersebut, pemaju bimbang ia akan berlaku kelewatan.

Satu mesyuarat mengenai perlaksanaan pekan Ijok dan beberapa lagi pekan kecil yang terlibat termasuk Batu Kurau dan Terong diadakan di Pejabat Daerah di Taiping yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Harun Rawi hari ini.




Pekan Ijok danKubu Gaah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kubu Gajah ada diantara 14 buah pekan kecil di seluruh Perak yang dikenal pasti bagi dinaikan taraf dibawah pembanguna semula Kerajaan Negeri seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Rumah-Rumah Kedai di Pekan Ijok bila siap akan ditarawkan semula pembeliannya kepada pemilik asal dan mereka yang berniaga di situ sebelum ini.

1 comments:

Anonymous said...

Pembangunan Ijok sudah nampak bayang. Kubu Gajah yang nampak kuil India yang dipebesarkan. Kalau ramai mereka yang sembahyang waktu senja sudah tentu Kubu Gajah mankin hidup waktu Malam.

Harap MIC galakkan mereka selalu
saembahyang supaya ia tidak jadi jadi gajah Putih.

FGV mankin turun lagi kerana untung suku ketiga juga merosot (bulan 7,8, dan 9)

Lagi pun CEOnya nak tanam sawit di Filifina. Tanah FELDA pun banyak pokok tua.

Bayangkan jika kita tanam semula pokok tua, dan tanam pula di Burma dan Filifina sudah tentu untungnya menjadi modal (bertambah merosot).

Bulan Nov orang dapat dividen.Lepas itu ia merosot lagi. Bulan Desember
cornstones jual saham mereka dan dekat pilihin raya proxy pilihan raya pula akan menjual.

Orang FELDA Ijok kalau tak jual sekarang dan beli balik dekat2 pilihan raya susahlah hendak untung.

Tengok siapa pula yang menang PR13. Kalau pembangkang ia lagi turun dan sangat perlahan2 akan naik kerana ramai terkejut.

Lagi pun saya lihat pengarahnya tiada ladang sawit macam orang kaya kita di Sg. Dendang. Beliau memang bagus menggantikan Tan Sri Mohd Isa jadi Chairman kerana beliau beli sawit saya murah kerana katanya mayangnya kecil tapi buahnya besar. Orang kaki kelentong beginilah boleh dapat banyak untung untuk FGV. Bukan seperti Tan Sri Mohd Isa Samad. Kita main antara mayang dan buah. Apa nak dikata? UMNO pun tak boleh tolong.