Template by:
Free Blog Templates

12 October 2012

Jalan Felda

Peneroka-peneroka Felda, Ijok tidak lama lagi akan mudah ke Ulu Selama dan Ijok apabila sebatang jalan baru dibina.

Peruntukkan sebanyak rm 100,000 telah disediakan bagi menaik taraf jalan tanah merah sepanjang kira-kira lima kilometer dari Felda ke kampung Teras.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar petang tadi melawat projek tersebut yang akan mula dalam amsa terdekat.

Turut hadir pengurus Felda Ijok, Haji Shauddin Bin Dat dan ketua kampung, Haji Shukur Haji Jaman yang juga pengerusi Masjid.






Jalan tersebut jika siap sepenuhnya bukan sahaja membantu meningkatkan kemudahan perhubungan lebih baik, tetapi juga ekonomi penduduk tempatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap perlaksanaan projek tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan.









 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan diatas kelulusan peruntukkan tersebut yang disalurkan melalui sebuah agensi Kerajaan.

2 comments:

Anonymous said...

NCER mengutamakan pertanian, pelancongan dan sumber manusia di koridor utara.

Tapi CEOnya megah dengan FDI.

Yang sebenarnya FDI tidak payah dipanggil2 bagi negeri Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Ia datang sendiri walaupun CEOnya macam cikgu Abu Samah Aliddin.

Kenapa CEOnya tak bina universiti diSelama (Sumber manusia)

Kenapa tak majukan lata/trail expedisi yang banyak di kaki gunung bintang (pelaancongan)

Keana jagong lebih banyak dari kambing di Pondok Tanjung?

CEOnya tidur barangkali.

Kalau CEO NCER boleh bina Putrajaya. Kenapa tak bina Selamajaya atau pun Ijokjaya

Dia asyik mengekalkan son of padi planter to become a better padi planter.

Apa yang kita mahu anak penanam padi jadi CEO Bernas atau pun pengurusinya.

Anak penoreh jadi CEO RISDA.

Anak pengusaha kelapa sawit jadi pengurusi FGVH

Elakkan dasar pennjajah yang mahu mengekalkan keturunan penangkap ikan menjadi penangkap ikan yang lebih baik dari bapa mereka. Kenapa tidak jadi pengurusi lembaga perikanan.

Anonymous said...

Cuba YMDS tanya kenapa ramai yang jual tanah mereka.

Salah satu sebab ialah tiada jalan untuk mengeluarkan hasil.

Sudah tentu bila jalan ini dinaik taraf orang di situ tidak lagi menjual tanah mereka.

Jalan rosak selalunya dicerunan kerana batu kecil habis dilarikan air.

Jalan di Sungai Lompong kami buat sendiri dari FELDA hingga ke jalan besar. Tapi ada tauke yang membersihkan tanah merosakkan semuanya.

Bila kita beritahu, mereka kata saya bukan taukenya.