Template by:
Free Blog Templates

13 October 2012

Masyarakat India

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak pernah meminggirkan masyarakat India.









Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, Datuk Seri Najib mengambil alih pimpinan negara bersikap adil dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tidak kira kaum.

Pekara yang sama juga dilakukan Kerajaan BN Perak pimpinan menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga mengambil berat kebajikan kaum India melalui program turun ke padang.










Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada seramai 130 orang penduduk miskin kaum India di dewan masyarakat kampung tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir pengerusi PPP parlimen Larut, S.govalan dan aktivis tempatan, V. Raveendran di majlis anjuran PPP.












Bajet 2013 yang dibentang perdana menteri merangkumi semua aspek kebajikan, pelajaran dan ekonomi rakyat di negara ini.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut yakin dengan sokongan padu ahli komponen, BN akan dapat mempertahankan rekod cemerlangnya memenanggi di kesemua empat kerusi pada pilihanraya umum (PRU) 13.

 














Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bagaimanapun, mengingatkan komponen parti sebarang masalah yang timbul hendaklah diselesaikan secara muafakat dan jangan didedah di luar.

3 comments:

Anonymous said...

Uttayakumar kata keajaan tak adil ('Indian Clensing'),Dulu di Sungai Malau ada kuil mereka dibina atas tanah orang lain

Sepatutnya Ustaz Nazri Din hendaklah berdebat dengan orang seperti beliau. Yang sebenarnya perkelahian di kampung Medan bukan di mulakan oleh kerajaan.

Saya hairan ramai orang politik tidak mahu berdebat tentang kepakaran mereka.

Kalau ustaz Nazri berdebat tentang pelaburan atau ekonomi saya mahulah dengar perdrebatan tersebut tapi kalau bidang lain saya tak mahu dengarlah debat beliau..

Saya berhenti kerja kerana dalam mesyuarat yang bising bukan ada kepakaran tentang apa yang dibisingkannya. Lebih kepada kepentingan sendiri atau mewakili orang lain. Lebih kepada persepsi bukan pengelaman atau kepakaran sendiri.

Anonymous said...

Kalau taman perumahan di bina di ladang Boustead di Lembah Keluang ramai orang India mahu membelinya.

YMDS berbuat baiklah dengan pengurusi Boustead.

Dula mereka buat kapal tak nampak untung dan sekarang nak bina financial centre di KL pula nanti tak ada orang nak sewa. Akhir2nya Boustead balik ke kelapa sawit.

Harga sawit akan turun bila FGV tanam sawit di Burma dan Filifina.

Dua negara ini akan jadi macam Indonesia sudah lawan tauke.

Penawaran lebih daripada permintaan.

Akhirnya saham FGV pun turun.

Sebenarnya untung FGV ada dua. Satu untung jual beli saham. Satu lagi untung CPO

Yang sebenarnya jika Tan Sri Mohd pandai kunci penjualan saham cornestone dan pengarah selama 3 tahun atau sampai hutang orang FELDA habis dibayar kerana syarikat cornerstone inilah yang menurunkan harga saham terutama pada bulan Desember ini.

Kalau CPO nak dinaikkan, duta kita ke Francis dan negara yang tidak mahu membeli minyak sawit mestilah mereka yang pandai menerangkan kelebihan kelapa aawit. Jangan hantar orang yang tahu buat visa dan jaga protokol sahaja. Orang macam ini Cikgu Abu Samah pun boleh jadi duta ke Francis. WHY NOT?

Anonymous said...

Profesor Marimuthu (pernah jadi ADUN) dan Prof Madya Santhiram Rahman banyak membuat kajian tentang orang India miskin di perladangan,

Tapi masalah orang India apabila mereka jadi kaya mereka lupa nak tolong pekerja estet kaum mereka sendiri. Jadi macam sombong.

Santhiram Raham dan Marimuthu dapat dua gaji. Satu gaji pencen dan satu gaji sekarang. Marimuthu pula dapat dua gaji pencen tapi muka mereka pun tak nampak tolong orang miskin di estet.

Santhiram Rahman ada di Universiti Brunei sekarang ini dapat lebih 13 ribu duit Malaysia. Tidak termasuk pencen profesor madya. Apa salahnya mereka tolong orang India diestet bila bercuti.

Nasib baiklah Fernandez ramai tolong orang India tapi beliau tak pernah buat kajian orang India yang miskin seperti dua prof ini.