3 November 2011
Sungai Runtuh
Sekalipun hujan turun agak lebat, tetapi ia tidak menghalang Saya untuk mengadakan lawatan bagi meninjau tebing Sungai Ijok yang semakin rebak dan runtuh akibat pengambilan pasir di situ.
Pihak yang berkenaan telah diminat agar mematuhi segala peraturan untuk menggelakan timbul masalah di sungai berkenaan hingga boleh mengancam banjir.
Penduduk bimbang ancaman banjir melanda ke kediaman mereka jika masalah tebing sungai semakin runtuh dan terhakis.
Dalam lawatan itu, Saya juga dapati air sungai semakin tercemar akibat hakisan ekoran kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran.
Saya berharap masalah ini dapat ditangani segera oleh pihak berkenaan bagi menggelak sebarang kesulitan dalam musim hujan lebat sejak kebalakangan ini.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ketua Kampung Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar, Ketua UMNO Kampung Mesjid, Aziz Jami dan Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin, Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein dan Ketua UMNO Cawangan Teluk Emas, Mohd Saimi Haji Abdul Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment