Template by:
Free Blog Templates

17 November 2011

KEMAS





Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa menitik beratkan masalah kemiskinan rakyat.

Kebajikan rakyat miskin tetap diberikan pembelaan dalam pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan majlis konvo Pelajar-Pelajar TADIKA anjuran KEMAS peringkat ZON Ijok di Dewan Homestay Bagan Bahru, dekat Ijok, pagi tadi.

Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Faridah Sailan dan Penyelia KEMAS Kawasan Parlimen LARUT, Nordin Abu Hassan.

Begitupun, tambah Saya segala perancangan Kerajaan tidak akan mencapai sasaran, jika rakyat tidak merebut segala peluang untuk mengubah hidup mereka.

Mengenai masalah setinggan, Kerajaan sedang berusaha untuk menempatkan mereka di tempat yang telah dan sedang dikenal pasti.

Mengenai KEMAS, Saya menyeru agar ia terus berperanan sebagai agensi penting Kerajaan dalam membantu membimbing rakyat terutamanya di luarbandar.

0 comments: