Template by:
Free Blog Templates

16 November 2011

Perpaduan Ummah











Masyarakat Islam Malaysia harus menjadikan pergolakan dan krisis yang melanda beberapa Negara Islam yang lain, sebagai iktibar betapa pentingnnya perpaduan ummah.

Dunia Islam menjadi semakin kecil, jika mereka dibiarkan terus berpecah dan lebih membimbangkan lagi jika kesempatan diambil oleh orang lain.

Islam dihormati dan dicemburui kerana kesuciannya, tetapi jika umat islam itu sendiri gagal bersatu, lama-kelamaan, kehebatan dan keunggulannya akan terhakis juga.

Justeru, umat Islam harus kembali kepada Sejarah perjuangan Islam itu sendiri dan kekuatannya terletak kepada perpaduan yang jitu bagi menghadapi setiap musuh.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Azzainuddin, Kubu Gajah, petang tadi.

Saya turut menyeru agar Umat Islam di Malaysia kembali melihat asas perpaduan yang tulin bagi menjamin masa depan dan kemajuan mereka sendiri.

Mereka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak jika mereka sendiri bertukar menjadi lemah kerana kekuatan mereka terletak pada semangat mereka sendiri.

Saya turut menyokong hasrat SRAR Azzainuddin untuk menaikan taraf bangunan Sekolah yang berusia kira-kira 13 tahun itu bagi menampung pelajar yang semakin bertambah.

0 comments: