4 November 2011
Pisang
Saya berharap usaha Jabatan Pertanian meningkatkan hasil pertanian penduduk luarbandar akan mencapai sasaran.
Saya mengalu-alukan usaha Jabatan Pertanian memajukan tanah-tanah terbiar yang begitu banyak tidak dapat diusahakan kerana masalah kos perbelanjaan.
Begitupun, usaha Jabatan ini harus direbut oleh penduduk dan mereka juga mesti bersedia menghadapi persaingan di peringkat pemasaran.
Saya sendiri melawat projek tanah terbiar yang dimajukan dengan tanaman pisang atas bantuan Jabatan Pertanian di Sungai Segar, dekat Ijok, petang tadi untuk meninjau perkembangannya.
Jabatan Pertanian membelanjakan kira-kira RM 200,000 bagi memajukan kira-kira 27 ekar tanah terbiar di sekitar Sungai Segar untuk tanaman pisang yang kini telah mula berbuah.
Sebuah Pusat pengumpulan hasil pertanian dan produk penduduk tempatan juga telah dibina sejak 11 bulan yang lalu dan kini akan mula beroperasi bila-bila masa.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Pertanian Daerah, Zulkifli Yacob dan Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kalau tiada haiwan perosak sudah tentu kawasan ADUN Kubu Gajah dapat menghsilkan pisang untuk dipasarkan.
Masih banyak haiwan perosak seperti monyet, lembu, babi berkeliaran dekat rumah YMDS.
Selain daripada memajukan Batu Gajah (Theme Park), YMDS perlu juga memajukan tempat lahir YMDS. Nampaknya menang sorak tanah tergadai akan berlaku di tempat YMDS lahir. Lampu letrik pun tiada. Ular tedung sentiasa melintas di situ dan babi monyet di belakang. Saya lihat ramai tempat wakil rakyar dilahirkan membangungun kecuali kampung tempat lahir YMDS.
Kalau nak majukan tentukan susur keluar Matang Pasir siap di bina sebelum pilihan raya
dan kalau boleh kita hendaklah menjadi negara yang pertama membina bandar dalam hutan seperti KLIA, Putrajaya, Satok (Sarawak) dan Bandar Lembah BRIAH.
Elakkan bandar yang dudah besar diperbesarkan. YB Lim Kiat Siang pun tak suka bandar seperti KL dan IPOH diperbesar2kan (jadi METROPOLITAN). Kita menjadi negara ke10 membesarkan bandar ke metro tapi kalau kita perbandarkan hutan sepeti di Sintok dan baru2 ini ITM dibina dalam hutan di NS sudah tentu kita menjadi negara yang pertama membina bandar dalam hutan atau menghasilkan bandak dalam taman HERBA.
Sekian.
Post a Comment