Template by:
Free Blog Templates

18 October 2011

Titi Sungai roboh






Melawati titi gantung kampung Carak Salak, Sungai Jernih di Ulu Ijok yang runtuh akibat hujan Lebat, petang tadi.

Akibat kejadian itu, perhubungan antara kampung Carak Salak dalam dan Carak luar terputus sama sekali.

Mujur tiada kemalangan berlaku ketika titi gantung itu runtuh.

Sebanyak RM 50,000 dianggar diperlukan bagi memperbaiki titi gantung tersebut.

Saya berharap tabung bencana alam dapat mengeluarkan segera peruntukan tersebut.

Sungai tersebut juga tercemar dengan air bertukar keruh dan terbiar tidak terurus.

Saya telah menghubungi jurutera kanan jabatan parit dan saliran (JPS) daerah, mokhtar bin Hasran mengenai pekara tersebut.

Beliau turut berada bersama saya ketika hujan turun lebat di Ijok.

Turut hadir ketua kampung sungai Jernih, jamaluddin Mat Isa.

0 comments: