Template by:
Free Blog Templates

9 October 2011

Ceramah




Sesabuah Parti akan runtuh jika perpaduan tidak diutamakan. Justeru, Barisan Nasional (BN) juga akan menjadi lebih kuat jika setiap ahli menitikberatkan soal tersebut.

BN tetap berada di hati rakyat jika ia terus memberikan khidmat yang terbaik bagi membela nasib rakyat.

BN akan tetap meletakan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda perjuangannya kerana rakyatlah yang akan menentukan nasib Kerajaan yang yang ada pada setiap Pilihanraya.

Saya berkata demikian ketika meresmikan program ceramah serentak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Bagan bahru, malam tadi.

Turut hadir ialah Anggota EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Shahrani Mohamed yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong dan Pengerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) Perak dan Pegawai JASA, Hasbullah Elias.

Ceramah tersebut akan diadakan di Sungai Dendang, Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, Batu 20. Kampung Mesjid, Ijok, Kelian Gunung, Kelian Chenie dan Jemerang Star.

Satu lagi program diadakan di Kampung Paya dalam DUN Batu Kurau di mana ceramah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidi Sakom yang juga bekas Setiasusaha Politik Menteri Besar.

0 comments: