Template by:
Free Blog Templates

9 October 2011

Jamuan Rakyat








Pembangkang harus menerima hakikat bahawa majoriti rakyat di Negara ini menerima dan menyambut baik bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Jumaat lalu.

Bajet itu merupakan hak rakyat dan Pembangkang tidak boleh menafikan kebaikan yang akan dinikmati oleh rakyat, tidak kira dari golongan dan di mana sahaja mereka berada.

Saya berkata demikian dalam ucapan ketika menyambut baik dan mengalu-alukan pembentangan bajet 2012 di majlis jamuan rakyat di Kampung Sungai Dendang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir Penghulu Mukim Selama, Mohd Ridzuan bin Baharuddin dan Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don.

Bajet itu ternyata bahawa Perdana Menteri mengutamakan keselesasan rakyat dan masa depan Negara.

Perdana Menteri memahami dan tahu apa yang dikehendaki oleh masyarakat terutama yang berpendapatan rendah dan hasrat itu tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Yang jelas Pembangkang bimbang bajet terbaik itu akan menarik hati rakyat dan menggurangkan sokongan mereka (Pembangkang).

0 comments: