Template by:
Free Blog Templates

14 October 2011

Sungai Tercemar





Melawat sebahagian Sungai di Lembah Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (DIN) Kubu Gajah yang bukan sahaja terbiar, tidak diurus dan dijaga dengan baik, tetapi turut tercemar.

Sampah sarap turut dibuat, keadaan sekitar yang juga tidak selesa manakala airnya juga kotor.

Saya berharap Jabatan terlibat dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menggelakan sungai menjadi mangsa pencemaran.

Sungai Lembah Keluang adalah sebahagian daripada Sungai Ijok dan Sungai Kerian.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran.

1 comments:

GoldTrex said...

Assalamualaikum YB Raja

Saya membesar di Lembah Keluang. Disamping sungai tercemar, kita juga tercemar dengan bilangan lalat yang mencapai tahap WABAK.

Lalat ini terjadi dari aktiviti membela ayam secara komersial di kebun-kebun kelapa sawit. Kami minta sangat-sangat YB Raja tangani masalah ini.

Penduduk kampong tidak terdaya nuat apa-apa. Berbagai aduan kepada pihak berwajib TIDAK jado apa-apa pun.

MASALAH lalat ini sudah berlalu hampit 15 tahun.

Selain masalah lalat, kami juga menhadapi masalah KERA. Habis buah tanaman kami orang kampong dikebasnya. Masalah KERA ini pun sidah lama - lebih 10 tahun. Ianya berlula dengan kera-kera BPtanical Garden Pulau Pinang di pindahkan ke Kawasan hutan simpan Pondok Tanjung.

Kami terpaksa menjemput pegawai perhilitan datang tembak kera. Tapi setiap kali depa mai, kenalah bayar fulus juga.

TAPI kera lagi pandai. Bila pegawai datang bawa senapang kera tak datang. Pegawai balik - kera pun sampai. Kami saja yang menagggung rugi - duit dan hasil buah-buahan kampong.

Terima kaseh YB Raja diatas perhatian dan tindakan YA.

Ekonomis Kampong