Rakyat
Malaysia harus berbangga diatas usaha perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak membantu menegakkan perjuangan rakyat Palestin.
Rakyat asing melihat usaha perdana menteri itu sebagai contoh baik seorang
pemimpin yang mahukan keadilan wujud di dunia demi keamanan sejagat.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap menyampaikan banuan khas rm 100 awal persekolahan sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, petang tadi.
Turut hadir guru besar, Siti Nadzah Binti Muhamad dan pengerusi persatuan ibubapa (PIBG) sekolah, Jamaluddin Darus.
Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut merasa kesal dengan sikap pihak yang memandang rendah usaha Datuk Seri Najib yang melawat bumi suci Palastin itu.

Katanya, negara-negara yang cintakan kedamaian memuji usaha perdana menteri Malaysia itu dan berharap yang lain juga menyokong.
Terdahulu, ketika merasmikan program bersama waris pelajar dan penyampaian bantuan rm 100 sekolah kebangsaan rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) pondok tanjung, beliau menyeru ibubapa dan guru saling berkerjasama bagi meningkatkan prestasi pelajar.
Turut hadir guru besar sekolah kebangsaan RTBK, Raja Zainal Abidin Hafiz Bin Raja Adnan dan ketua kampung, Ismail Hashim.
0 comments:
Post a Comment