Rumah bantuan Baitulmal telah siap beberapa tahun yang lalu, tetapi
belum ada bekalan elektrik belum ada.
Begitulah nasib yang dialami oleh Chah biti Pandak Othman, 79 tahun di
Kampung Sangkut di Ulu Ijok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad
Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat dan melihat sendiri keadaan Chah yang
tinggal bersama dua orang anaknya termasuk seorang yang Kurang Upaya.
Baitulmal membina rumah tersebut dengan kos RM 30,000 tetapi bekalan
elektrik masih belum masuk.Justeru, beliau berharap pihak Tenaga Nasioal Berhad
(TNB) akan dapat mempercepatkan proses bekalan tersebut.
Sebelum ini Chah yang tidak bekerja dan hanya bergatung kepada bantuan
bulanan RM 200 daripada Baitulmal, terpaksa menggunakan bekalan elektrik
daripada rumah beliau yang lama, tetapi agak jauh.
Beliau juga berharap untuk mendapatkan bantuan bagi membesarkan ruang
dapur rumahnya.
Turut hadir Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Abu Kassim.
Sebelum itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin singgah untuk minum petang
di rumah seorang penduduk, Sharifah binti Haji Abdul Rahman, 65 tahun samil
beramah mesra dengan masyarakat di situ.
Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada tiga orang penduduk miskin,
Zainun binti Ahmad, 79 tahun, Rodiah binti Yassim, 81 dan Khaiton binti Mat
Arof, 77 tahun.
0 comments:
Post a Comment