Template by:
Free Blog Templates

23 January 2013

Bantuan sekolah



Ibubapa dan guru disaran agar bersepakat bagi meningkatkan prestasi murid sekolah.

Mereka tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab itu kepada pengurusan sekolah semata-mata.




Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan RM 100 di Sekolah Model Khas Negeri Redang Panjang, dekat Ijok, petang tadi.

Turut hadir Pengetua Sekolah Redang Panjang, Che Gayah dan Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar.

Beliau menggesa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bergerak lebih aktif bagi menjalankan program yang boleh membantu meningkatkan mutu pendidikan sekolah.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menjelaskan, PIBG diwujudkan bukan hanya sekadar sebagai persatuan yang tanpa arah dan tujuan.

Sebenarnya, PIBG adalah forum terbaik bagi ibubapa dan guru membincangkan masalah pelajar dan mencari jalan keluar setiap isu yang timbul.















































Beliau juga menyeru PIBG lebih konsisten membincangkan masalah displin pelajar.

Mengenai bantuan khas itu,beliau berharap ia akan dapat menggurangkan bebanan ibubapa yang membuat persedian persekolahan anak mereka di awal tahun pertama terutamanya.

Beliau juga menyempaikan bantuan khas itu di Sekolah Kebangsaan Kampung Yaman Batu 20,Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang.

0 comments: