Template by:
Free Blog Templates

8 March 2013

Perpustakaan


Perpustakaan Negara dan Negeri digesa agar menyediakan peruntukan dibawah projek penyelenggaraan bangunan perpustakaan desa.










Ini adalah kerana ada bangunan perpustakan yang mengalami kerosakan, tetapi tidak mempunyai peruntukan bagi memperbaikinya, akhirnya menimbulkan kesulitan kepada orangramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Anugerahan dan Penyampaian hadiah Perpustakaan Desa di Kampung Sungai Ara, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai Perpustakaan Desa Sungai Ara, Hasniwati binti Bahari.

Dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, terdapat sebuah Perpustakaan Desa Negara iaitu di Sungai Ara dan dua buah Perpustakaan Desa Negeri iaitu di Batu 20 dan Bagan Baharu.

Hasniwati melaporkan kebocoroan di bahagian bubung perpustakana tersebut dan memerlukan tidak kurang daripada RM 10,000 bagi memperbaikinya.
















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, wujudnya perpustakaan desa membantu menggalakan orangramai untuk mendalami ilmu pengetahuan.

Amat merugikan jika orangramai tidak menggunakan kemudahan perpustakaan itu bagi mendalami pengetahuan mereka melalui membaca.

Pekan hari


Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa melawat pekan hari di Kampung Mesjid, Ijok.







Beliau sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan peniaga dan penjaja pekan hari tersebut termasuk mereka yang datang dari Kulim, Kedah.

Pekan hari dan Pasar Tani Kampung Mesjid menarik perhatian ramai pengunjung setiap kali diadakan.

Beliau bagaimanapun, menggesa peniaga di pekan hari dan pasar tani tersebut agar menjaga kebersihan dan kualiti mereka bagi menggekalkan mood pembeli di situ. 






















Jualan basah dan kering terdapat di Pekan hari dan Padar tani Kampung Mesjid.

1 March 2013

Gelung


Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar petang tadi melawat jalan runtuh dekat Sekolah Model Khas Redang Panjang.






Tanah runtuh itu berpunca daripada gelong yang pecah akibat ancaman banjir yang berlaku kelmarin.

Jalan tersebut yang terletak di Kampung Tersusun Redang Panjang kini ditutup buat sementara sehingga dibaiki.

Beliau akan menghubunggi Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama bagi mendapat peruntukan segera untuk memperbaiki jalan yang rosak itu.










Sebanyak RM 20,000 diperlukan bagi tujuan tersebut. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang, Kharul Azizan bin Mat Desa.

Perkim


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar hari ini dipilih sebulat suara menjadi Pengerusi Perkim Cawangan Batu Kurau dalam mesyuarat Agunga taunannya.




Nama beliau yang dicadangkan oleh Ustaz Abdul Rahim Ahmad, yang juga Naib Pengerusi dan disokong sebulat suara perwakilan yang hadir.

Beiau menggisi kekosongan jawatan tersebeut yang dipangku Ustaz Rahim sebelum ini.

Ustaz Rahim pula kekal sebagai Naib Pengerusi manakala Adnan Ahmad sebagai Setiausaha dan Bendahari, Mohamed bin Abdullah serta lima orang ahli jawatankuasa termasuk dua muka baru, Rahmah binti Hasan dan Naila binti Shafie.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menyeru umat Islam agar menolak sebarang usaha mana-mana pihak dan individu yang cuba mempersendakan Islam.

Katanya, Umat Islam akan mempertahankan kesucian Agama itu dan tidak akan berkempromi dengan mana-mana individu atau pihak yang cuba memperkecil-kecilkan Islam.

Mesyuarat tersebut juga meluluska usul sebulat suara menolak penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam.


















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan Terima Kasih diatas kepercayaan memilih beliau sebagai Pengerusi Perkim Batu Kurau dan akan berusaha untuk meningkatkan pertubuhan tersebut selaras dengan penubuhannya.

Turut hadir di mesyuarat agung tersebut ialah Pengerusi Perkim bahagian Negeri Perak, Datuk Abu Bakar Shaari yang turut menyumbangkan sebanyak RM 1,000 bagi tabung mereka.

Peladang


Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan berbincang dengan beberapa syarikat bas sekitar parlimen bagi membantu mengatasi masalah pengankutan awam di batu kurau dan Kubu Gajah.

 



Sebuah syarikat bas telah dikenalpasti untuk berunding, tetapi semua itu bergantung kepada subsidi kerajaan Perak.

Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan mesyuarat agung berkelompok 22 unit peladang di Batu Kurau, pagi tadi.

Katanya, kerajaan Perak ada memperuntukan subsidi bagi membantu syarikat bas yang bermasalah pengurusan dan kewangan, tetapi masih berminat meneruskan perkhidmatan awam.

Beliau yang juga ahli dewan dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, masalah pengankutan awam di Batu Kurau dan Kubu Gajah sudah agak lama dan menjadi masalah besar kepada penduduk, terutama pelajar.

perkhidmatan bas di dua kawasan tersebut terhenti kerana syarikat berkenaan menghadapi kerugian.

Beliau juga mengumumkan  beberapa rancangan PPK Batu Kurau untuk dijalankan termasuk perladangan, pertanian dan harta tanah.








Selepas pembukaan kedai rakyat 1 Malaysia (KR1M), PPK  berhasrat menjalankan perniagaan kedai membekal bahan-bahan bangunan dan peralatan.

Pengurus besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainul dan ahli-ahli lembaga pengarah turut hadir.