Template by:
Free Blog Templates

7 February 2013

Pangkat




Rakyat diseru agar tampil untuk menanggotai RELA dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.








Peranan RELA semakin mencabar setelah diberikan pengiktirafan membantu pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang.

Perkara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Brig-Jen. (RELA) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas majlis menerima pangkat di dewan serbaguna sungai Terap dekat Selama malam ini.

Pangkat  Brig-Jen tersebut disampaikan pengarah RELA Perak, Brig-Jen, Mohd Khariri Bin Abu Hassan.

Menurut Mohd Khariri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagan Larut adalah adun pertama di Perak menerima pangkat Brig-Jen tersebut.












Berucap merasmikan  majis taklimat dan dialog bengkel gerak kerja keselamatan RELA peringkat parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyeru agar anggota menggekalkan displin dan imej sebagai pasukan beruniform  contoh di negara ini.

Beliau menyeru agar anggota rela di semua peringkat meneruskan kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau juga berharap ketua-ketua kampung yang telahpun diberikan pangkat baru-baru ini akan menjadi contoh kepada masyarakat yang lain.

KEMAS


Rakyat diingatkan agar tidak tersalah memilh kerajaan pada pilhanraya umum (PRU) demi masa depan mereka.

 








Mereka harus berfikiran terbuka dan menggunakan kesempatan memilih kerajaan dengan tidak pengaruhi sesiapa.

Begitupun,rakyat dapat menilai sendiri perkhidmatan terbaik kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan mesyuarat agung jawatankuasa aktiviti KEMAS peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di Bagan Baharu, petang tadi.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama (LMS),Faridah Sailan dan penyelia kanan KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hasan.

Kerajaan BN memberikan perhatian serius pembangunan kawasan luarbandar agar ekonomi rakyat di bandar dan desa seimbang.







Pemberian bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak rm 500 seorang adalah bukti kerajaan BN menggurangkan bebanan rakyat.

Rakyat harus  bersyukur dan berterima kasih  kepada kerajaan BN kerana menitikberatkan masalah rakyat.

5 February 2013

Cina


Rakyat berbilang kaum di Negara ini bertuah kerana mereka bebas menyambut perayaan masing-masing.











Rakyat Malaysia menunjukan tauladan yang baik kerana walaupun, mereka berbeza Agama dan Budaya, tetapi dapat menyambut perayaan secara muhibbah dan ini tidak ada di tempat lain.

Walaupun, Negara ini merupakan Negara Islam, tetapi ia samasekali tidak menyekat kebebasan beragama dan kebudayaan.

Begitupun, kebebasan yang ada tidak bermakna, mereka bebas melakukan sesuatu tanpa menghormati undang-undang yang ada terutamanya jika ia menjejaskan perpaduan kaum.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan tahun baru Cina di Redang Panjang, dekat Ijok, petang tadi.

Turut hadir Pengeusi MCA Redang Panjang, Teh Loh Hoi dan Ketua Kampung, Zainuddin Hamid di Dewan Serbaguna Redang Panjang.















Beliau menyeru agar rakyat berbilang kaum di Negara ini terus mengamal semangat perpaduan bagi menjamin kesejahteraan dan kestabilan Negara.

Rakyat harus menolak mana-mana pihak dan individu yang gemar mencetuskan kekacauan bagi mencapai politik peribadi mereka.

Lawat sakit


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa melawat seorang warga emas, Zainal bin Saman, 74 tahun di Bagan Bahru,




Beliau adalah juga abang kepada Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Mat Aroff bin Saman.


Beliau turut beramah mesra dan bertanya khabar mengenai keadaan Zainal yang uzur kerana sakit tua.

Sekolah


Sukan Sekolah penting bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk masa depan Negara.

Ramai bintang yang lahir adalah bakatnya bermula di peringkat Sekolah lagi.





Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika merasmikan kejohanan pingpong peringkat sekolah rendah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di Bagan Baharu, petang tadi.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) LMS, Raidzun Mohamed dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Haji Rahim Ramli.

Katanya, Kejohanan di peringkat sekolah penting dan Ibubapa wajar memberikan perhatian bukan sahaja bila anak mereka terlibat, tetapi memberikan sokongan moral dan galakan kepada murid-murid yang menyertainya.










Begitupun, kejohanan sukan peringkat sekolah pasti tidak dapat berjalan lanar jika tiada sumbangan dan sokongan secara moral dan kebendaan.

Kejohanan selama tiga hari itu membabitkan 16 buah sekolah dan 120 orang murid lelaki dan perempuan bagi memilih wakil-wakil ke peringkat Negeri pada bulan Mac ini.

BR1M 2


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) diberi kepada mereka yang layak tanpa mengira parti dan kefahaman.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersikap adil dan tidak memilih kasih.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BRIM2 di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun Kubu Gajah, pagi tadi.

Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali turut hadir di majlis berkenaan.

Seramai 700 orang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah menerima setiap seorang RM 500 melibatkan RM 350,000.


















Beliau menegaskan, pemberian itu tidak bermotifkan politik, tetapi ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan mempolitiknya menjelang Pilihanraya Umum (PRU).

Beliau menolak dakwaan bahawa pemberian br1m sebagai umpan PRU, sedangkan ia sudahpun diberi pada tahun lalu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meningatkan rakyat pentingnya mereka memilih Kerajaan yang boleh dan bersedia bila-bila masa membela nasib mereka dan menunaikan janji tetap pada masa yang dijanjikan.