Template by:
Free Blog Templates

16 March 2011

Surau








Melawat projek menaik taraf Surau lama Pekan Kubu Gajah yang dilaksanakan oleh Kontrektor tempatan, petant tadi.

Kerja-kerja memperbaiki surau itu bermula Isnin lalu yang melibatkan kos sekitar RM150,000 yang Saya perolehi dari peruntukan Kerajaan Pusat.

Surau itu mengikut jadual perancangan asal adalah projek baru, tetapi Jawatankuasanya memutuskan suarau itu tidak diganti dengan bangunan baru, sebaliknya hanya dinaik taraf.

Lawatan itu bagi mempastikan kerja-kerja pembinaan mengikut spekfikasi dan jadual yang telah ditetapkan.

Menurut kontrektor terlibat kerja-kerja menai taraf surau Pekan Kubu Gajah itu akan siap dalam tempuh tidak sampai dua bulan lagi.

Dengan menaik taraf bangunan surau itu diharap ia akan memberi keselesaaan keapda penduduk-penduduk tempatan.

Surau penuh sesak dengan penduduk termasuk Wanita dan remaja dan dengan tambahan bangunan yang dirancangkan, ia akan memberi ruang tambahan termasuk untuk pengajian agama.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua UMNO Cawangan Pekan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Aliddin.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau ia dijadikan projek baru mungkin kita akan lihat pekan Kubu Gajah akan naik taraf. kalau tidak pun masjid Lembah Keluang diperbesarkan supaya kawasan tersebut menjadi Greater Kubu Gajah.

Semasa YMDS di Batu Kurau dahullu jalan Selama-Bagan Serai dirancang melalui belakang masjid Lembeh Keluang. Kalau ia menjadi realiti sudah tentu Kubu Gajah berkembang hingga ke Lambah Keluang.

Tapi munkin ada yang tidak setuju pada masa itu atas alasan Kubu Gajah akan mati kerana jalan tersebut dibina berhampiran kilang kelapa sawit di Kubu Gajah.

Masyarakt silap faham kerana mereka hanya ingat untuk memajukan kuil dan kilang papan Kubu Gajah sahaja. Mereka tidak ingat langsung untuk memajukan Masjid Lembah Keluang dan tanah orang Melayu dari kilang sawit ke Lembah Keluang.

Yang penting bagi mereka ialah membesarkan kuil dan memajukan kawasan kilang papan Kubu Gajah.

Kesudahannya jalan dari Sungai Jambu ke Lembah Keluang masih bengkang bengkok macam ular kena pukul. Kalau tidak jalan tersebut dipendekkan lebih daripada 3 kilometer dan kawasan disekitarnya akan membangun hingga membawa ke Kubu Gajah.

Sekian .