Template by:
Free Blog Templates

11 March 2011

Silat









Saya tertarik dengan persembahan silat oleh dua orang anak muda ketika membuat pertunjukan di satu majlis menyambut ketibaan Pelajar-Pelajar Universiti Petronas di Kampung Batu 20.

Muhammad bin Abdullah, 18 tahun, pelajar Tingkat Enam Sekolah Menengah Jelai, pernah mewakili Negeri Perak dalam Kejuaraan Silat Kebagsaan ke 15.

Beliau juga mewakili Perak sejak tahun 2008, ketika di Tingkat Dua lagi dan belajar silat di Gelanggang silat Gayung Malaysia di Sungai Ara.

Bapa beliau, Abdullah bin Kassim, 46 tahun yang berasal dari Kampung Perak, kini menetap di Kampung batu 20.

Sementara itu, seoranglagi rakyat Muhammad, Mohd Hazri bin Zaid Kasimi,20 tahun pernah mewakili Negeri Perak semenjak tahun 2008, ketika di Tingkatan Lima.

Pada tahun 2010, beliau mewakil Pasuan Perak di Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka. Beliau adalah aanak, yatim dan tinggal bersama Ibunya, Hamisah binti Zee,40 tahun di Pantai Besar.

Kedua-dua Pesilat ini juga juga mewakili Perak ke kejohanan Sukan Memperkasakan Diri Malaysia.

Impian mereka berdua adalah mewakili Negara ke Sukan Antarabangsa. Muhammad dan Hazri juga bercita-cita menjadi Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

1 comments:

Anonymous said...

DYDS,

Ramai orang kampung yang menyerlah dalam bidang sukan yang kita selalu 'salah pandang' kerana fokus dan paradigma kita hanya tertumpu dalam badminton dan bola sahaja.

Sebagai contoh, kita tak sangka squasy juga boleh menonjolkan kemampuan orang Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Brgitu juga menonggang kuda.

Saya masih berfikir, selain daripada bersilat orang kampung juga boleh menjadi johan dalam bidang golf dan dalam sukan yang kita mungkin 'tersalah pandang'

Kalau boleh YMDS cuba mencungkil bakat terpendam orang kampung dalam sukan2 yang kita agak Malaysia tak boleh mencapai kemenangan di peringkat anatarabangsa

Dulu kerajaan ingin menggalakkan permainan golf kepada masyarkat yang bukan daripada kumpulan elit.

Begitu juga penduduk ladang. Zaman saya dulu yang mendapat johan lari jarak jauh ialah mereka yang datang dalam estates. Kita ada lebih 15 estates mungkin johan judo kita dapat diperolehi dari Holyrood Estate. Siapa tahu.

Oleh itu kita jangan ingat (mentaliti zaman 60an) hanya badminton dan bola sahaja yang dapat mengharumkan nama Malaysia.

Sekian untuk makluman YMDS.