Template by:
Free Blog Templates

12 October 2010

Masuk kampung















Saya tertarik dengan usaha penduduk Kampung yang bersedia bercucuk tanam untuk menambahkan pendapatan.

Ketika, meninjau di Latar Panggung di Kampung Teras, saya melihat sendiri usaha, Salasiah binti Razali, walaupun sibuk mengurus tempat perkelahan itu, tetapi masih sempat bercucuk tanam dengan pelbagai tanaman seperi kacangan buncih dan kacang panjang.

Beliau juga membela ikan Talpia merah di kolam berdekatan dengan gerai jualannya. Beliau amat dikenali seorang yang cukup gigih dan tidak pernah mengenal patah semangat dalam mencapai sebarang usaha.

Saya yakin jika usaha sedemikian dilakukan oleh ramai penduduk di kawasan tanah lapang, usaha menghasilkan sayuran kegunaan sendiri tidak mengalami masalah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Zaman dulu bila saya pergi ke semua kampung di Negeri Sembilan boleh dikatakan ramai yang menanam pokok buah rambai. Tapi buah rambai ialah buah yang tak ada harga di pasaran.

Sekarang masih ramai orang kita membela talapia. Iaitu salah satu jenis ikan yang murah di pasaran.

Boleh tidak YMDS galakan rakyat ADUN Kubu Gajah/Batu Kurau membela ikan yang harganya mahal di pasaran seperti kelesa/arowana.

Kalau orang Melayu ashik tanam sayur murah, ikan murah bila orang kita nak jadi kaya. Kalau orang Melayu menjadi kaya mereka tidak lagi berebut hendak jadi Ketua Bahagian seperti PKR. Yang sebenarnya kerana mereka asyik berebut2 disebabkan mereka miskin.

Kawan saya ada taukeh emas yang paling kaya di Malaysia. Beliau tak mahu jadi Ketua Pemuda walaupun ramai Menteri mahukan beliau aktif dalam politik. Beliau tetap dengan pendiriannya.

Lagi satu contoh, Tuan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dermanya sahaja tak dapat kita kira bermilion2 banyaknya. Kalau kita suruh beliau jadi menteri saya rasa sudah tentu beliau menolak.

Saya mahu orang Melayu jadi kaya supaya mereka tidak lagi cemburu terhadap kaum Cina. Kalau kita cemburu terhadap kemajuan kaum Cina bilakah MALAYSIA SATU akan berjaya.

Saya lihat Bukit Merah sudah melangkah setapak akan meninggalkan kita dari segi pembangunan.

Lihat sahaja Bandar Briah.

Kita masih menghadiri kenduri sana sini tapi Bukit Merah sudah menjadi tempat peranginan, dan tempat pemeliharan ikan kelisa. Bawalah masyarakat ADUN Kubu Gajah melawat kolam kelisa Hj. Talib di belakang Sekolah Changkat Lobak dan di Penghujung jalan Bukit Torak di Rantau Panjang untuk mendapatkan ilham.

Orang kampung mesti di bantu. Dulu2 ramai orang kampung kita tanam pisang kelat kerana mereka tidak tahu harga pasarannya.

Cuba tanam pisang tanduk. Harga borong 4 ringgit sekilo. Saya sangat kesihan dengan orang Melayu kerana membela ikan tak ada harga dan menanam sayur yang harganya murah.

Zaman sekarang kita perlu memperbandarkan kampung seperti di Brunei dan di Melaka (juga Selangor dan Pulau Pinang). Konsep meluaskan bandar yang sudah ada adalah konsep tradisional/lama, sudah ketinggal zaman. Yang penting kampung diperbandarkan. Mungkin konsep industri hijau menuju arah ke sana.

Kita mesti bangun dari tidur. Binalah bandar seperti bandar Briah banyak2 disamping kita menghadiri kenduri/jemputun (baik untuk politik tapi kosong untuk pembangunan ekonomi) sana sini.

Sekian permohonan saya kepada YMDS.