Template by:
Free Blog Templates

29 October 2010

Jalan kampung









Melawat Kampung Kelian Toh Budi, Bendang Luas dekat Ijok yang menghdapi masalah jalan bahaya bagi kegunaan penduduk-penduduk di situ.

Adalah didapati sepanjang 400 meter jalan tanah merah di situ dalam keadaan bahaya bagi digunakan oleh penduduk-penduduk berkenaan.

Lebih bahaya lagi jika ia digunakan pada waktu cuaca buruk dan sebelah malam, terutama kanak-kanak sekolah.

Saya akan bawa masalah ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk tindakan selanjutnya.

Lebih membimbangkan lagi jalan tersebut agak sungai kerana terletak di kawasan pendalaman dan merupakan kawasan ladang milik individu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Mesyuarat Tindakan perlu juga menimbangkan jalan tanah merah yang banyak memberi keuntungan kepada kerajaan dari segi cukai yang dikutip hasil (92 bilion tahun lepas) produk indstri berasakan getah dan kelapa sawit.

Kami di Sungai Lompong jarang2 sekali mendapat perhatian jika dibandingkan dengan kawasan Ijok.
Jika YMDS lihat tanah kawasan kurnia kerajaan Sg. Lompong semuanya mengeluarkan hasil.
Tapi jalan tanah merah tak rata. Dulu saya boleh bawa kerita masuk tapi sekarang hanya lori dan traktor sahaja yang boleh masuk.

Yang penting hanya bantuan batu supaya jalan tersebut dapat diratakan supaya ia tidak berlopak2. JKKK tahu hal ini tapi mungkin mereka tunggu dan lihat sahaja. Mereka agak, takkanlah kerajaan boleh dapat beri bantuan membaiki jalan merah untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dan getah pekebun kecil.

Peruntukan dari kementerian luar bandar memang tak ada tapi Kementerian industri dan komoditi produk pertanian pun tak ada tapi cukai yang diperoleh lebih kurang 92 bilion tahun lepas. Cuba YMDS tanya YB Datuk Hamzah Zainuddin. Mintalah daripada beliau sedikit. Saya tak nampak beliau hulurkan bantuan ke Sg. Lompong.

Sekian untuk makluman YMDS