Template by:
Free Blog Templates

5 March 2010

Peladang kena berani




Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) harus berani bersaing dan menceburkan diri dalam bidang yang lebih besar, sekaipun terpaksa berdepan dengan risiko, jika tidak sampai bila pun mereka tidak akan memilikki pengelaman yang luas.


Justeru PPK Batu Kurau akan menceburkan diri dalam program jangka panjang yang bernilai sekitar RM 3 Juta. Sssaran utama ialah dalam bidang ternakan secara komersial.


Syarikat-Syarikat awam juga kini telah beralih ke bidang Pertanian terutamanya ternakan secara komersial memandangkan persaingan dalam sektor pembangunan tanah.


Ketika meresmikan Unit Peladang Kawasan Ulu Sepetang, Saya memberitahu bahawa PPK Batu Kurau tidak akan menoleh kebelakang lagi dalam usaha untuk menjadikan PPK Batu diantara yang berkemampuan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang lebih mencabar.


PPK juga berhasrat menyertai bidang perladangan dan sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tujuan itu. Mereka akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Agro Bank mengenai hal ini.


Lebih separuh daripada lebih 20 unit PPK Batu Kurau telah mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing. Tarikh terakhir bagi unit PPK bermesyuarat ialah pada 10 Mac ini.

0 comments: