

Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat (BAIDURI) Perak mengadakan majlis makan malam sempena kejayaannya muncul naib Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan antara Isteri-Isteri Wakil Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak, malam tadi.
Dalam ucapannya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir berharap Wakil-Wakil Rakyat akan terus memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti isteri mereka.
Peranan dan pembabitan isteri wakil-wakil rakyat juga membantu program mereka. Justeru, memberi semangat kepada isteri mereka dalam menjalankan aktiviti anjuran BAIDURI anatlah dialu-alukan.
Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri Menteri Besar berharap kejayaan muncul Naib Jurau di Kota Kinabalu itu dan Johan pertandingan Bowling membakar semangat untuk mereka terus menggekalkan prestasi yang konsisten.
Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan dan komitmen ahli-ahli BAIDURI hingga membolehkan mereka mengadakan aktiviti.
Sokongan para Suami (Wakil-Wakil Rakyat) akan menggalakan lagi mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang mendatangkan kebaikana kepada masyarakat.
Dengan adanya pembabitan BAIDURI ia dapat mengisi kekosongan aktiviti para isteri menjalankan program kebajikan terutamanya dan secara tidak langsung membantu juga tugas dan tanggungjawab suami.